Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stroke Support Station, buka pusat pemulihan baru di Jurong

Pertubuhan bukan mencari keuntungan, Stroke Support Station, membuka pusat pemulihan baru di kawasan Jurong, bagi menampung permintaan pesakit angin ahmar yang terus meningkat,

Anggaran Waktu Membaca:
Stroke Support Station, buka pusat pemulihan baru di Jurong
Diterbitkan : 28 May 2019 09:15PM Dikemas Kini : 28 May 2019 09:18PM

SINGAPURA: Pertubuhan bukan mencari keuntungan, Stroke Support Station, membuka pusat pemulihan baru di kawasan Jurong, bagi menampung permintaan pesakit angin ahmar yang terus meningkat.

Kemudahan tersebut seganda lebih besar berbanding pusat pemulihan pertama yang dibuka NGO tersebut di Lengkok Bahru.

Ia mampu menampung sehingga 1,250 pesakit, berbanding hanya 450 pesakit angin ahmar.

Di sini, alat-alat elektronik digunakan bagi merangsang pergerakan dan mempercepat proses pemulihan pesakit.

Pusat itu juga merancang untuk menganjurkan program-program terapi pertuturan, khusus bagi para pesakit yang mengalami masalah seperti sukar bercakap atau makan selepas diserang angin ahmar. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan