Strides dan Premier bergabung, jadi pengendali teksi kedua terbesar SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Strides Taxi, TODAY
SINGAPURA: Strides Taxi dan Premier Taxis akan bergabung untuk menjadi pengendali teksi kedua terbesar di Singapura.
Demikian diumumkan pengendali pengangkutan SMRT pada Khamis (13 Apr) dalam satu kenyataan media.
Sebuah syarikat usaha sama baru, Strides Premier, akan ditubuhkan untuk mengendalikan perniagaan yang digabung itu. Penggabungan itu berkuat kuasa pada 1 Mei.
Menurut data setakat Februari 2023, syarikat baru itu akan mempunyai kira-kira 2,500 teksi, lebih banyak berbanding syarikat pengendali teksi kedua terbesar sekarang ini, Trans-Cab, yang mempunyai sekitar 2,170 teksi.
ComfortDelGro mempunyai jumlah teksi terbesar di Singapura, sekitar 8,700 teksi.
"Sedang permintaan bagi teksi dan khidmat kereta sewa privet kembali ke paras sebelum pandemik, penggabungan itu akan membantu melindungi kepentingan jangka panjang pemandu dan penumpang serta meningkatkan kecekapan," kata SMRT.
"Strides Premier akan menawarkan set lengkap kepakaran teknikal dan keupayaan bengkel untuk menyenggara jumlah teksi yang bertambah."
Strides Holdings, anak syarikat milik penuh SMRT dan syarikat induk Strides Taxi serta Strides Automotive, akan memegang saham majoriti dalam Strides Premier, manakala, Premier Corporation dan BS Investors pula memegang bersama baki saham tersebut.
Gabungan itu akan turut melibatkan Strides Automotive Services dan Premier Automotive Services.
SMRT menambah bahawa syarikat usaha sama baru itu akan bekerjasama dengan Persatuan Teksi Kebangsaan dan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan bagi mendapatkan maklum balas pemandu dan kakitangan sedia ada dari semua entiti yang terlibat dalam penggabungan itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.