Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Strategi SG Yang Lebih Sihat utamakan pencegahan penyakit

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Strategi baru SG Yang Lebih Sihat atau 'Healthier SG' menitikberatkan pencegahan penyakit yang bertujuan meningkatkan jagaan kesihatan.

Ini dengan memastikan kos jagaan kesihatan kekal stabil sambil mengurangkan beban penyakit pada jangka panjang.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata transformasi dalam jagaan kesihatan ini menangani dua cabaran utama iaitu penduduk yang semakin menua serta peningkatan penyakit kronik.

"Beban penyakit, jika dianggap sebagai empangan, sebatang sungai dengan empangan, sudah dapat dirasakan, sama ada dalam bentuk inisiatif jagaan berdasarkan nilai di hospital, bayaran bersama bagi jagaan kesihatan mengikut budi bicara, amalan klinikal yang dipertingkatkan, kita akan mencubanya semua untuk menghalang aliran air yang sudah melimpah ini.

"Namun, itu tidak mencukupi. Mencipta semula jagaan kesihatan melibatkan usaha ke sumbernya dan menamatkan aliran empangan itu. Semua pakar klinik tahu langkah-langkah pencegahan dalam kehidupan harian kita boleh mencegah penyakit teruk pada masa kemudian," kata Encik Ong pada Rabu (12 Okt).

Encik Ong berkata demikian dalam ucapan dasar di Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura.

Penganjurnya, Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) menyatakan ia sedang bersiap sedia bagi usaha SG Yang Lebih Sihat dengan memberi tumpuan kepada penjagaan bersepadu dan menjalin hubungan dengan rakan kongsi seperti para Doktor Keluarga (GP).

Sebagai salah satu daripada tiga kelompok jagaan kesihatan awam, terdapat sekitar 1.5 juta penduduk di kawasan tengah-utara, di bawah jagaannya.

NHG juga sedang memanfaatkan data untuk lebih memahami tingkah laku kesihatan mereka dan mencipta semula model pembiayaannya.

Ia juga sedang bekerjasama dengan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian untuk mengembangkan lagi kajian dan pendidikan perubatan.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan