Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Strategi Negara Bijak 2.0: Lebih banyak penggunaan AI boleh dijangka di bilik darjah, pejabat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Oct 2024 07:57PM Dikemas Kini : 02 Oct 2024 05:20AM
SINGAPURA: Lebih banyak penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) boleh anda jangkakan dalam bilik-bilik darjah dan pejabat-pejabat tempatan.

Lebih banyak perlindungan daripada bahaya online dan risiko-risiko digital juga boleh dijangkakan.

Semua ini terkandung dalam kemas kini terbaharu iaitu Strategi Negara Bijak 2.0 dalam usaha negara ini melangkah ke fasa seterusnya ke arah menjadi negara bijak.

Ia diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (1 Okt) yang menekankan bahawa ini menjadi cabaran baharu, namun juga suatu peluang besar yang menanti di hadapan.

Beliau berkata: "Landskap digital hari ini sangat berbeza berbanding sedekad lalu semasa pelan Negara Bijak kami yang pertama dilancarkan.

"Telefon bijak dan media sosial sudah menjadi cara utama kita berkomunikasi antara satu sama lain.

"Mungkin perubahan terbesar ialah penerobosan terkini dalam AI generatif."

Strategi Negara Bijak itu dibina di atas tiga tunggak yang memastikan keandalan dan kepercayaan kepada khidmat-khidmat digital, serta membantu pertumbuhan ekonomi dengan tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Tunggak pertama ialah kepercayaan, di mana undang-undang baharu akan diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan prasarana-prasarana penting.

Ia juga mahu melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya online.

Tunggak kedua ialah pertumbuhan, di mana lebih banyak dana yang diperuntukkan bagi membina penggunaan AI dalam sebilangan sektor.

Ini termasuk kelas-kelas baharu untuk golongan pelajar dan pekerja mempelajari AI.

Tunggak ketiga ialah masyarakat, iaitu memastikan bahawa usaha pendigitalan memanfaatkan semua orang dan inisiatif-inisiatif baharu untuk rakyat pelajari.

Agensi-agensi pemerintah pula akan menyepadukan teknologi ke wadah masing-masing dan membawa masyarakat bersamanya.
 
Sumber : CNA/DY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan