Strategi keseluruhan sektor borong SG perlu berubah, kata Menteri MTI
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peta Transformasi Perusahaan bagi sektor borong dilancarkan pada 2017.
Dua tahun kemudian, ia membuahkan hasil dengan lebih daripada 8,000 syarikat perdagangan borong mula mendakapi huraian-huraian digital.
Semasa melawat sebuah syarikat dalam sektor tersebut pada Khamis (5 Jan), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata, strategi keseluruhan sektor itu perlu berubah.
"Perkembangan-perkembangan global baru-baru ini di seluruh dunia sudah mengakibatkan gangguan rantaian bekalan global dan meningkatkan kos dengan tinggi," kata Encik Gan.
"Kedua, usaha ke arah pendigitalan sudah semakin pantas secara global. Ia bermakna kita perlu memperdalam penggunaan huraian digital kita untuk kekal di hadapan para pesaing," tambahnya.
Peta hala tuju itu disegarkan semula sedang sektor borong terus berkembang dan merangkumi 18 peratus daripada GDP Singapura pada 2021 yang naik berbanding kadar 15 peratus pada 2015.
Oleh itu, pemerintah kini mahu mengembangkan lagi rangkaian perdagangan Singapura dan membantu syarikat-syarikat menerapkan inovasi dan menebarkan sayap ke luar negara, menerusi pemadanan perniagaan dan bantuan kewangan.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.