Stigma sosial, kos harus dipertimbang demi ubah salah tanggapan tentang isu kesuburan
Saranan-saranan yang dibentangkan dalam kertas kerja oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) baru-baru ini berharap untuk mengubah tanggapan bahawa isu kesuburan selalunya ada kaitan dengan wanita.
SINGAPURA: Saranan-saranan yang dibentangkan dalam kertas kerja oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) baru-baru ini berharap untuk mengubah tanggapan bahawa isu kesuburan selalunya ada kaitan dengan wanita.
Malah ia bermatlamat untuk menjadikan pemeriksaan kesihatan kesuburan satu kebiasaan bagi pasangan yang sudah berkahwin, dengan adanya satu program nasional.
Tetapi menurut sebilangan pakar, stigma sosial dan kos haruslah dipertimbangkan.
KOS RAWATAN TINGGI, MASA MENUNGGU ANTARA PENGHALANG
Pasangan suami isteri, Cik Weylin Liew dan Encik Ignatius Goh, cuba mendapatkan zuriat setahun selepas mereka berkahwin.
Namun apabila mereka gagal, mereka menjalani ujian kesuburan.
Selepas lima tahun menjalani rawatan kesuburan yang gagal membuahkan hasil,mereka akhirnya berjaya menimang cahaya mata semasa di Amerika Syarikat.
Sungguhpun demikian, mengambil langkah pertama untuk menjalani ujian kesuburan bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Perundingcara Kanan Sakit Puan Dr Loh Seong Feei, ada sebahagian masyarakat yang sukar membuat keputusan untuk menjalani ujian.
Salah satu sebabnya mungkin kos rawatan yang tinggi menjadi penghalang.
Klinik-klinik swasta misalnya mengenakan bayaran sekurang-kurangnya S$300 bagi pakej pemeriksaan kesuburan.
Di hospital-hospital awam pula, kos ujian bergantung kepada jenis penilaian dan kelayakan bagi subsidi bahkan kos itu akan meningkat sekiranya rawatan diperlukan.
Selain itu, mereka mungkin diletakkan dalam senarai menunggu yang panjang.
Walau bagaimanapun, Dr Loh mendapati pasangan-pasangan kini lebih sedar tentang pilihan meningkatkan kesuburan.
Antara lain, lebih ramai lelaki lebih bersedia menjalani ujian kesuburan, kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.