Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Sticker Lady' S'pura hasilkan rekaan jam tangan sempena Hari Kebangsaan

 Jam tangan G-SHOCK edisi terhad yang dibuat secara kolaborasi bersama artist Sam Lo, atau lebih dikenali sebagai SKL0 boleh dibeli mulai esok (27 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
'Sticker Lady' S'pura hasilkan rekaan jam tangan sempena Hari Kebangsaan

(Gambar: Casio G-Shock)

Diterbitkan : 26 Jul 2019 06:21PM Dikemas Kini : 26 Jul 2019 06:27PM

SINGAPURA: Jam tangan G-SHOCK edisi terhad yang dibuat secara kolaborasi bersama artist Sam Lo, atau lebih dikenali sebagai SKL0 boleh dibeli mulai esok (27 Jul).

Kolaborasi itu dibuat bersempena Hari Kebangsaan Singapura ke-54. Dengan harga $299, jam tangan edisi terhad itu boleh dibeli di kesemua butik G-Shock kecuali di IMM.

Hanya akan ada 300 jam tangan G-Shock x SKL0 yang mengikut reka bentuk model GX-56BB, dan akan hanya dijual di Singapura sahaja.

Jam tangan itu mempunyai tali pergelangan tangan yang direka khas dengan warna-warna terang yang mendapat inspirasi daripada perbauran budaya Singapura, dengan corak seperti panahan petir, lensa kamera dan duit syiling dolar. Menurut Lo, gambar-gambar itu berfungsi sebagai simbol-simbol mengejar kecemerlangan.

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini "Singapura Kita", jam tangan edisi khas akan dijual dalam bungkusan eksklusif yang mempunyai satu baris lirik dari lagu tema klasik Hari Kebangsaan "We Are Singapore."

Lo, yang juga dikenali sebagai "Sticker Lady", berkongsi bahawa G-Shock adalah jam tangan pertama yang dia inginkan dan akhirnya memiliki satu kerana "reka bentuk dan kelasakannya."

Lo menambah: "Apabila peluang untuk bekerjasama muncul, saya menyambar kesempatan itu. Saya amat berbesar hati untuk berkongsi hasil kerja saya untuk dan dengan sokongan kepada jenama ini yang saya dan ramai lagi gemar dan hormati sejak sekian lamanya." 

Sumber : CNA/HK/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan