Stesen radio CNA938 dirombak; lebih tumpuan kepada berita tempatan, kewangan & kesejahteraan peribadi
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen radio CNA938.
- Pembaharuan itu akan menyaksikan lebih banyak fokus kepada berita tempatan, dengan kandungannya tertumpu kepada kewangan dan kesejahteraan peribadi.
- Satu program baharu 'Open for Business' pada sebelah pagi, akan mempersiapkan para pendengar dengan segala berita berkaitan perniagaan.
- Sementara itu Cheryl Goh akan terus menjadi hos rancangan lewat pagi, yang termasuk sebuah segmen baharu mengenai kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.
- Ketua Editor CNA938 berkata: "Jadi pada tahun lalu, kami giat mendapatkan maklum balas daripada para pendengar kami untuk mengambil tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan."
SINGAPURA: Para pendengar stesen radio berita utama Singapura, CNA938, kini boleh mengikuti barisan program yang disuntik kesegaran.
Pembaharuan itu akan menyaksikan lebih banyak fokus kepada berita tempatan, dengan kandungannya tertumpu kepada kewangan dan kesejahteraan peribadi.
Satu program baharu 'Open for Business' pada sebelah pagi, akan mempersiapkan para pendengar dengan segala berita berkaitan perniagaan.
Mereka akan ditemani oleh Andrea Heng dan Hairianto Diman.
Sementara itu Cheryl Goh akan terus menjadi hos rancangan lewat pagi, yang termasuk sebuah segmen baharu mengenai kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.
Para pendengar boleh mengikuti wawancara terbaik stesen itu, yang dipilih setiap hari, menerusi CNA Rewind.
Ketua Editor CNA938 berkata: "Jadi pada tahun lalu, kami giat mendapatkan maklum balas daripada para pendengar kami untuk mengambil tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan. Apa yang kami dapati adalah mereka inginkan perbincangan lebih mendalam berhubung topik-topik berita setempat pada hari itu. Mereka mahukan lebih banyak berita perniagaan, lebih banyak nasihat kewangan peribadi dan lebih banyak berita tentang kesihatan serta kesejahteraan.
"Jadi dengan pembaharuan ini, itulah yang kami lakukan. Kami mengemas kini barisan program kami dan menambah rancangan-rancangan baharu yang memberikan apa yang mereka mahukan."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.