Stesen pengecas EV dibuka di Pusat Sivik Woodlands
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Amy Khor)
SINGAPURA: Penduduk di bahagian utara Singapura kini mempunyai akses lebih mudah kepada alat pengecas pantas kenderaan elektrik (EV), dengan sebuah stesen baharu tersedia di Pusat Sivik Woodlands.
Ia adalah stesen pengecas pantas yang kelapan di seluruh negara dan menjadi sebahagian daripada fasa pertama rancangan pemerintah untuk memasang sekitar 120 kemudahan sedemikian.
Stesen pengecas yang dikendalikan Volt menyediakan khidmat mengecas sehingga enam kali lebih pantas berbanding pengecas biasa.
Kini, ada sebuah panduan etika mengecas EV yang memperincikan amalan-amalan terbaik seperti tidak memonopoli stesennya.
"Jadi kita ingin memupuk budaya ini awal dan harap-harap pengguna alat cas EV mengamalkan etika pengecasan yang baik dari awal," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Persekitaran,Amy Khor.
"Ia juga akan mempengaruhi orang lain yang nanti menggunakan kereta EV, bukan? Jadi kami akan memantau ini juga dan melihat bagaimana ia berkembang

Sumber : CNA/FZ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.