Stesen pengecas elektrik pertama dilancar di Tampines
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengendali terbesar pengecas elektrik di Singapura melancarkan stesen-stesen pertamanya di estet perumahan awam.
Ia merupakan sebahagian pelan untuk memasang hampir 1,500 tempat mengecas atau ada potensi lebih daripada itu,di tempat meletak kereta HDB dalam tempoh dua tahun akan datang.
Stesen pengecas baru di Tampines boleh digunakan oleh motosikal besar, walaupun belum ada lagi banyak kenderaan sedemikian di kawasan tersebut.
Proses mengecas kenderaan mudah dimulakan, sama ada bagi kenderaan beroda empat, ataupun dua.
SP Group melancarkan sembilan tempat mengecas di tiga kawasan HDB di Tampines, yang pertama di estet perumahan awam.
Sebelum ini, semua tempat mengecas kenderaan SP Group dipasang di bangunan komersil dan industri.
"Untuk HDB, di mana kita semua perlu berkongsi, ia prasarana yang perlu dipasang, sebanyak mungkin, supaya terdapat pilihan, bila penduduk timbangkan untuk membeli kenderaan elektrik, mereka tahu prasarana sedemikian tersedia," kata Encik Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines
Tempat mengecas tersebut boleh juga digunakan motosikal elektrik, walaupun setakat ini, ia hanyalah sedikit.
Ruang meletak kenderaan yang khusus untuk mereka, dipercayai adalah segelintir sahaja yang tersedia di seluruh negara.
Dianggarkan, hanya terdapat 120 e-motosikal, kebanyakannya untuk kegunaan komersil.
Ia merangkumi hanya 0.2 peratus daripada motosikal baru yang didaftarkan antara Januari hingga Mac tahun ini.
Motosikal elektrik berharga dari $17,000 untuk model permulaan, sehingga $80,000 untuk jenis yang berkuasa besar.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.