Stesen MRT tertua di SG akan diperbaharui, stesen Yishun dipilih bagi projek rintis
Stesen-stesen MRT di dua laluan tertua Singapura akan diperbaharui dalam tempoh sedekad akan datang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Stesen-stesen MRT di dua laluan tertua Singapura akan diperbaharui dalam tempoh sedekad akan datang.
Beberapa stesen di Laluan Timur-Barat dan Laluan Utara-Selatan akan diperbaharui secara berperingkat.
Antaranya, dengan memasang lebih banyak lif dan pintu masuk, disamping pelbagai peningkatan lain.
Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman pegguna seiring dengan pertambahan jumlah penumpang.
Kini, 1.6 juta penumpang menaiki Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat setiap hari.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 80 peratus berbanding 30 tahun lalu.
Stesen MRT Yishun terpilih sebagai projek rintis inisiatif pembaharuan itu.
Stesen tersebut merupakan antara stesen tertua sejak ia mula beroperasi hampir empat dekad lalu.
Penduduk estet Yishun juga sudah bertambah hampir 20 peratus sejak 2013,dan dijangka akan terus berkembang.
10,000 flat BTO baharu akan dibina di estet Chencharu menjelang 2040.
Ini akan menyebabkan lonjakan dalam bilangan penumpang bagi stesen Yishun.
Kementerian Pengangkutan akan mengkaji sama ada platform stesen Yishun boleh dipanjangkan bagi mengurangkan kesesakan semasa waktu sibuk.
"Peningkatan ini mungkin termasuk menjadikan stesen lebih mudah diakses, dengan tambahan eskalator dan lif, memperbaiki navigasi, dengan papan tanda arah yang lebih baik, dan menjadikan ruang kita lebih menyenangkan, dengan kemudahan yang dinaik taraf seperti tandas dan khidmat untuk penumpang," kata Setiausaha Kanan Parlimen bagi Pengangkutan Baey Yam Keng.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.