Stesen MRT Serangoon papar lukisan mural artis tempatan, imbau zaman lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lukisan mural yang baru dilancarkan di stesen MRT Serangoon akan membawa para pengunjung ke zaman lalu.
Para pengunjung berpeluang melihat sendiri hasil karya seni itu di ruang berlegar MRT Laluan Circle di stesen tersebut.
Ia sebagai penghargaan kepada bekas tapak rumah Encik Lim Bo Seng yang terletak di kawasan Upper Serangoon.
Wira perang itu ditampilkan dalam karya seni tersebut, bersama para anggota pasukan Force 136.
Ia adalah sebuah pertubuhan perisikan yang aktif semasa Perang Dunia II.
Mengenang pengorbanan ayahnya, Dr Lim Whye Geok berkata lukisan mural itu berfungsi sebagai peringatan bahawa keamanan negara tidak boleh diambil ringan.
Lukisan mural itu juga menampilkan beberapa mercu tanda lama dan sedia ada di kawasan tersebut.
Ini termasuk blok pelangi 316 yang terletak di Hougang.
Mural itu merupakan hasil kerjasama kedua antara SMRT dengan Sekolah Seni Singapura.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.