Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen MRT Punggol Coast dibuka 10 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen MRT Punggol Coast dibuka 10 Dis

Stesen MRT Punggol Coast dijangka siap pada 2024. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 01 Dec 2024 07:18PM Dikemas Kini : 01 Dec 2024 07:42PM
SINGAPURA: Selepas tertangguh selama setahun, stesen MRT Punggol Coast akhirnya akan dibuka pada 10 Disember ini.

Mengambil masa selama sembilan tahun untuk siap dibina, stesen ini akan mengurangkan masa perjalanan ke Laluan Timur Laut sebanyak 15 minit.

Ia menyediakan khidmat kepada lebih 40,000 kakitangan dan penuntut di kampus baru SIT serta tenaga kerja di Daerah Digital Punggol.

Ia juga menyediakan akses kepada pelbagai kemudahan yang sedang dibina seperti Pusat Beli-Belah Punggol Coast, pusat pertukaran bas dan pusat penjaja.

Stesen tersebut juga menyediakan lebih daripada 300 tempat letak basikal bagi menyokong usaha kawasan itu menjadi hab pengangkutan yang kurang menggunakan kereta.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan