Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen MRT Hougang di Laluan Rentas Pulau akan mula dibina pada suku keempat

Kerja-kerja membina stesen MRT Hougang di Laluan Rentas Pulau (CRL) dijangka bermula pada suku keempat tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2021 04:29PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 10:51PM

SINGAPURA: Kerja-kerja membina stesen MRT Hougang di Laluan Rentas Pulau (CRL) dijangka bermula pada suku keempat tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (26 Mac).

Kerja-kerja pembinaan itu termasuk stesen pertukaran dan terowong, serta kerja-kerja tambahan kepada stesen Hougang yang sedia ada di Laluan Timur Laut.

Kontrak bernilai S$604 juta sudah pun diberikan Samsung C&T untuk menghasilkan reka bentuk serta membina projek tersebut.

Syarikat itu juga sudah selesai menjalankan kerja-kerja membina stesen-stesen Hougang dan Kovan di Laluan Timur Laut. Kini, ia terlibat dalam pembinaan stesen-stesen MRT lain serta terowong yang terletak sepanjang Koridor Utara Selatan, menurut LTA.

Gambaran artis bagi Stesen MRT Hougang di Laluan Rentas Pulau. (Gambar: LTA)

Dengan Laluan Rentas Pulau, para penumpang boleh menjangkakan masa perjalanan dari Hougang ke Sin Ming dengan menggunakan pengangkutan awam dipendekkan kepada 20 minit, kata LTA.

Laluan itu juga dijangka akan mengurangkan masa perjalanan antara Hougang dan kawasan perusahaan Loyang kepada 35 minit dan membawanya turun kepada 20 minit.

Laluan Rentas Pulau dibina dalam tiga fasa. Fasa pertama yang melibatkan stesen Hougang, dijangka mula beroperasi pada 2030 bersama 12 stesen.

Lebih 100,000 isi rumah akan meraih manfaat daripada laluan tersebut yang akan memenuhi keperluan kawasan-kawasan perumahan dan perusahaan seperti Loyang, Tampines, Pasir Ris, Defu, Hougang, Serangoon North dan Ang Mo Kio, menurut LTA.

Laluan itu juga akan memenuhi keperluan pembangunan yang sedia ada dan di masa hadapan di koridor timur, timur laut dan barat, menghubungkan hab-hab utama seperti Daerah Tasik Jurong, Daerah Digital Punggol dan kawasan Changi, tambah LTA.

Selepas fasa pertama siap, ruang-ruang riadah umum seperti Taman Pantai Changi dan Taman Bishan-Ang Mo Kio akan lebih mudah dikunjungi melalui pengangkutan awam, menurutnya lagi.

Apabila siap sepenuhnya, Laluan Rentas Pulau akan menjadi laluan MRT kelapan Singapura. Sepanjang lebih 50 kilometer, ia juga akan menjadi landasan bawah tanah terpanjang di Singapura.

Laluan itu dijangka boleh menampung sekurang-kurangnya 600,000 penumpang pada tahun-tahun awalnya, dan akan bertambah kepada lebih 1 juta penumpang dalam jangka masa panjang. 

Sumber : CNA/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan