Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen MRT Canberra mula beroperasi 2 November

Stesen MRT Canberra di Laluan Utara-Selatan (NSL) akan mula beroperasi pada 2 November ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 May 2019 09:16PM Dikemas Kini : 21 May 2019 01:03AM

SINGAPURA: Stesen MRT Canberra di Laluan Utara-Selatan (NSL) akan mula beroperasi pada 2 November ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan semasa beliau melakukan lawatan ke tapak stesen itu petang tadi (20 Mei).

Encik Khaw turut menyaksikan kerja-kerja yang dijalankan di sana semasa hari terakhir penutupan berperingkat NSL.

Terletak di antara Stesen MRT Sembawang dengan Yishun, stesen Canberra adalah stesen MRT kedua yang dibina di laluan MRT sedia ada.

Ia juga berada hanya 10 minit perjalanan kaki bagi lebih 17,000 penduduk di sana.

"Kita sekarang boleh jalan sahaja ke stesen MRT Canberra, tidak lagi perlu menaiki bas ke stesen Sembawang atau stesen Yishun, dan ini menjimatkan masa," kata seorang penduduk, Cik Angeline Tan.

Landasan sepanjang 72 meter juga dibangunkan berhampiran stesen berkenaan bagi menghubungkannya dengan landasan-landasan lain.

"Dengan ini, para penumpang dapat menjimatkan masa perjalanan ke pusat bandar atau Jurong East sehingga 10 minit," menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

LTA menyatakan landasan yang dibina itu akan meningkatkan keandalan NSL lagi dengan membolehkan kereta api melintas dari satu landasan ke satu lagi landasan apabila perlu.

Bagi memudahkan kerja-kerja tersebut dijalankan, penutupan berperingkat dijalankan selama tiga hari di NSL.

Ujian penyepaduan sistem dan kerja-kerja pentauliahan dijalankan hari ini sebelum operasi biasa dapat dijalankan sepenuhnya di NSL esok. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan