Stesen LRT Teck Lee dibuka 15 Ogos; kereta api di laluan Sengkang-Punggol akan digandakan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Kementerian Pengangkutan
SINGAPURA: Stesen LRT Teck Lee akan memulakan khidmat pada 15 Ogos - kira-kira 19 tahun selepas stesen berkenaan dibina.
Pembukaan stesen tersebut akan meningkatkan ketersambungan pengangkutan bagi para penduduk Punggol dan memudahkan bagi mereka yang melakukan perjalanan ke kampus Institut Teknologi Singapura (SIT) yang baharu.
Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (31 Jul).
Ia akan merangkumi penghubung jalan yang berbumbung antara stesen LRT Teck Lee, taman perniagaan tersebut yang terletak dalam Daerah Digital Punggol yang akan datang serta kampus SIT itu, tambahnya.
SIT akan berpindah ke kampus Punggol itu secara bertahap-tahap mulai separuh kedua 2024, jelas seorang jurucakap SIT kepada Mediacorp sebelum ini. Tahun akademik sekolah tersebut bermula pada September nanti.
LTA juga memperolehi 25 kereta api dua gerabak baharu bagi LRT Sengkang-Punggol, yang akan dihantar secara bertahap-tahap mulai hujung tahun ini, jelas Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat.
Ini menggandakan jumlah kereta api dua gerabak dalam armada itu, sekali gus meningkatkan kapasiti penumpang dan memastikan laluan tersebut boleh memenuhi permintaan pengangkutan awam untuk jangka panjang.
Stesen Teck Lee sudah bertapak sejak sistem LRT Punggol itu dibuka pada 2005. Ia merupakan satu-satunya stesen di laluan LRT tersebut yang belum dibuka.
Pembukaan Stesen Teck Lee dan peningkatan terhadap LRT Sengkang-Punggol melengkapi khidmat bas 84G/W dalam meningkatkan ketersambungan kepada bahagian utara Punggol, jelas LTA.
Khidmat 84G/W sudah beroperasi sejak Jun 2023. Khidmat bas pusingan dua hala itu melalui Pusat Pertukaran Bas Punggol, Sentul Crescent, Punggol Way, New Punggol Road dan Punggol Road.
LTA juga mengumumkan bahawa Stesen MRT Punggol Coast, yang terletak di penyambung Utara-Timur, "sudah mencapai kemajuan tepat pada masanya" untuk dibuka menjelang hujung tahun ini.
"Ini akan membawa rangkaian MRT kami dekat kepada para penduduk di Punggol North dan membuatnya lebih mudah untuk para penumpang dari bahagian lain pulau kami melakukan perjalanan ke Daerah Digital Punggol dan Kampus SIT Punggol," jelas Encik Chee.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.