Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stesen janakuasa elektrik bawah tanah berskala besar pertama di Asia Tenggara dibina di S'pura

Stesen janakuasa elektrik bawah tanah yang paling besar di Asia Tenggara sedang dibina di Singapura. Apabila siap pada 2024, ia juga akan mempunyai bangunan komersil setinggi 34 tingkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Apr 2021 07:35PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 11:08PM

SINGAPURA: Stesen janakuasa elektrik bawah tanah yang paling besar di Asia Tenggara sedang dibina di Singapura.

Apabila siap pada 2024, ia juga akan mempunyai bangunan komersil setinggi 34 tingkat.

Syarikat SP Group akan memiliki dan membina projek itu.

Mediacorp difahamkan bahawa ia akan menjadi bangunan berbilang guna dan merupakan penglibatan SP Group yang pertama dalam bidang hartanah.

Stesen janakuasa elektrik bawah tanah itu terletak tidak jauh dari stesen janakuasa Pasir Panjang yang bersejarah.

Ini sekaligus akan melapangkan tanah seluas tiga hektar yang sama seperti empat padang bola sepak untuk kegunaan lain.

Kawasan ini sudah diperuntukkan SP Group untuk satu projek pembangunan komersil.

Stesen janakuasa bawah tanah itu boleh menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan sehingga lapan bandar dengan setiap satu sebesar estet Toa Payoh.

SP Group menyatakan pihaknya akan membekalkan elektrik dari kemudahan baru itu ke kawasan seperti Alexandra, Clementi dan Pasir Panjang.

Kerja-kerja pembinaan asasnya bermula pada 2018 dan pembinaan struktur utamanya sedang dilakukan.

Syarikat Hyundai Engineering & Constructions menjadi penyelia projek itu.

Sumber : CNA/RU/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa