Stesen janakuasa baru SG berupaya hasilkan tenaga elektrik lebih pantas; pastikan bekalan kekal stabil
Anggaran Waktu Membaca:
Ilustrasi: EMA
SINGAPURA: Singapura akan membina stesen janakuasa baru yang berupaya menjana tenaga elektrik dengan pantas bagi memastikan bekalan yang stabil dan diyakini.
Pada Jumaat (19 Mei), Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) mengumumkan bahawa anak syarikatnya Meranti Power akan membina, memiliki, dan mengendalikan dua turbin gas kitaran terbuka (OCGT), yang ditempatkan di dalam stesen tersebut di Pulau Jurong.
Unit tindak balas pantas akan mempunyai kapasiti 340 megawatt setiap satu dan dijangka siap beroperasi menjelang Jun 2025, dedah EMA dan Meranti Power dalam kenyataan media bersama.
Ini sedang Singapura menimbangkan untuk menghentikan OCGT sedia ada, yang telah beroperasi lebih 30 tahun dan mencapai akhir hayat asetnya.
Semasa berucap di upacara pecah tanah pada Jumaat, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng berkata dua unit baru itu akan menggantikan unit sedia ada, yang buat masa ini mempunyai gabungan kapasiti lebih daripada 400 megawatt.
"Ini akan memenuhi keperluan permulaan sistem yang pantas dan kapasiti sokongan untuk pertumbuhan masa depan dalam permintaan elektrik," katanya, sambil menyatakan bahawa ia juga merupakan kali pertama dalam tempoh 30 tahun OCGT baru akan dibina.
APA ITU OCGT?
OCGT adalah unit "luar talian" yang boleh menambah turbin gas kitaran gabungan (CCGT) - yang sudah menjadi "online" dan menjana elektrik - sekiranya berlaku sebarang kekurangan bekalan secara tiba-tiba.
Dr Tan turut menarik perhatian bahawa OCGT juga memainkan peranan dalam membekalkan elektrik untuk memenuhi permintaan puncak, seperti apabila suhu paling panas dan kilang beroperasi pada kapasiti penuh.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.