Sterra buat kenyataan palsu berhubung penapis dan mutu air paip Singapura
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CCCS)
SINGAPURA: Syarikat penapisan air Singapura, Sterra, memohon maaf kerana membuat kenyataan palsu dan mengelirukan mengenai penapis udara dan airnya, serta mutu air paip Singapura.
Demikian menurut Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada Jumaat (30 Ogos).
Badan pemerhati pengguna itu melancarkan siasatan selepas ia menerima beberapa aduan mengenai iklan online oleh Sterra pada Februari, yang mendakwa bahawa air paip Singapura tidak selamat untuk penggunaan secara langsung tanpa ditapis oleh penapis air Sterra.
Salah satu aduan yang dibuat adalah daripada agensi air negara PUB.
Siasatan yang dijalankan mendedahkan bahawa Sterra membuat kenyataan mengelirukan di lamannya antara Februari 2023 dengan Mac 2024.
Ia mendakwa bahawa tiga model penapis udaranya dibuat di Singapura. Namun sebenarnya dibuat di China.
Dua model penapis airnya dikatakan dibuat di Korea, meskipun ia tidak dibeli atau dibuat di Korea, tetapi di China.
Sterra juga menawarkan diskaun palsu, dengan perbandingan dibuat bukanlah harga sebenarnya.

MEMOHON MAAF DAN TINDAKAN LANJUTAN
Berikutan sisatan tersebut, Sterra memohon maaf dan mengemukakan langkah-langkah lanjutan kepada CCCS, bahawa ia akan "berhenti amalan perdagangannya yang tidak adil dan akan melaksanankan dasar pematuhan dalaman, untuk memastikan bahan pemasarannya mematuhi undang-undang perdagangan yang adil".
Pengarah Sterra, Lim Liangzhi dan Lim Wei Hou, berjanji untuk tidak melibatkan sebarang amalan perdagangan tidak adil atau memudahkan Sterra membuat perkara sedemikian pada masa depan.
Dalam catatan di Facebook dan Instagram, Sterra memohon maaf atas iklan mengelirukan yang dibuat pada Februari, di mana ia menyebabkan pengguna mempunyai anggapan bahawa air paip Singapura tidak selamat untuk diminum.
"AIR PAIP" TIDAK SELAMAT DIAMBIL DARIPADA KOLAM
Dakwaan Sterra mengenai air paip Singapura disangkal dalam video yang tular, oleh Encik Clarance Lim, seorang pelajar PhD dari jabatan Makmal Genomik dan Ekologi Eukariota Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Ahli mikrobiologi itu membuktikan bahawa "video mikroskop yang menjijikkan" dikongsi Sterra tidak berasal dari air paip, tetapi dari kolam.
Encik Lim berkata beliau membuat video tersebut untuk meningkatkan kesedaran orang awam.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.