Skip to main content

Singapura

STB rancang projek baharu di Kawasan Pesisiran Selatan; kukuhkan kedudukan SG sebagai hab pelancongan global

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) sedang membangunkan projek-projek baharu bagi merubah wajah Kawasan Pesisiran Selatan, atau Greater Southern Waterfront.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 May 2026 07:11PM Dikemas Kini : 24 May 2026 10:43PM
  • Lembaga Pelancongan Singapura sedang merancang projek baharu di Kawasan Pesisiran Selatan, termasuk hab MICE di Straits View dan terminal pelayaran baharu di Marina Bay.
  • Pusat kesejahteraan Therme akan dibangunkan dengan kemudahan kolam air panas, landskap hijau dan teknologi kesihatan canggih.
  • Greater Sentosa akan dipertingkatkan dengan tarikan baharu, hotel, serta pembangunan di zon Brani West untuk menarik pelancong dan memberi manfaat kepada penduduk tempatan.
  • Tender bagi projek MICE akan dibuka tahun depan dan pembinaan dijangka siap sekitar 2040, menandakan usaha jangka panjang untuk memperkukuh sektor pelancongan Singapura.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) sedang membangunkan projek-projek baharu bagi merubah wajah Kawasan Pesisiran Selatan, atau Greater Southern Waterfront.

Di kawasan Straits View berhampiran Marina Bay, rancangan sedang dilakarkan untuk membangunkan hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) baharu di pusat bandar.

Ia akan menempatkan ruang acara, penginapan dan hiburan
bagi mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai destinasi MICE global.

Tender projek itu akan dibuka pada tahun depan, dengan pembinaannya disasarkan siap sekitar 2040.

Di Marina Bay pula, sebuah terminal pelayaran dan feri bersepadu baharu sedang dibincangkan.

Berhampiran kawasan itu, sebuah tapak pesisiran seluas empat hektar akan menjadi lokasi pembangunan pusat kesejahteraan baharu - Therme.

Para pengunjung boleh menjangkakan kolam air panas, landskap tumbuh-tumbuhan yang menyeluruh serta teknologi kesihatan canggih yang disepadukan di satu lokasi.

Selain itu, perancangan bagi 'Greater Sentosa' juga semakin jelas terbentuk, dengan jaringan hubungan yang dipertingkatkan dan kawasan pantai yang diperbaharui.

Kawasan itu bakal menampilkan tarikan baharu, hotel serta pelbagai pengalaman menarik, termasuk pembangunan baharu di zon Brani West.

“Saya fikir masa depan pelancongan bukan sekadar untuk atau menarik pelancong semata-mata, tetapi juga memastikan penduduk tempatan dapat menikmati manfaatnya.

"Lokasinya terletak di pusat bandar, maka itu ia sangat mudah diakses, mempunyai pemandangan laut yang indah, dan saya rasa lebih penting lagi, ia melengkapkan kerancakan seluruh kawasan Marina Coast sebagai destinasi pelancongan," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Therme Group Singapore, Tan Boon Khai.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita