Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

STB perkenal pesta kesejahteraan, kemudahan sukan luncur untuk pikat pelawat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah pesta baru yang menggalak kesejahteraan rohani dan jasmani serta keprihatinan dan kewarasan minda akan dilancarkan pada Jun sedang Singapura menyasarkan untuk meletakkannya sebagai sebuah "syurga kesejahteraan bagi kehidupan bandar".

Pesta yang berlangsung selama 10 hari itu akan bermula pada awal Jun. Ia akan meliputi acara seperti gerai 'pop-up' berbilang deria di Taman di Persisiran serta kelas kemahiran kesejahteraan rohani dan jasmani.

Terdapat juga siri program seni, kesejahteraan rohani dan jasmani serta kewarasan minda yang bakal diadakan di Galeri Nasional Singapura.

Berucap di Persidangan Industri Pelancongan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Rabu (6 Apr), Ketua Eksekutif STB Keith Tan berkata Singapura mesti meletakkan statusnya sebagai sebuah syurga kesejahteraan untuk kehidupan bandar yang berbeza daripada Bali atau Phuket - iaitu sebagai sebuah bandar sibuk yang menyediakan akses mudah kepada tawaran pakej kesejahteraan buat semua orang.

Pesta itu bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran mengenai tawaran pakej kesejahteraan kepada para pelanggan di samping merangsang lebih banyak produk berkaitan dengan kesejahteraan serta menjalin kerjasama dengan pelbagai pemain dalam industri tersebut dan mengembangkan lagi pangkalan pelanggan dan rangkaian sokongannya.

Encik Tan menambah pengendali pelancongan juga akan dapat bekerjasama dengan pihak-pihak dari sektor kesejahteraan untuk mencipta pengalaman baru.

Sebuah daya Tarikan baru juga akan dibina di Somerset sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memberikan nafas baru kepada Ochard Road.

Pertama kali diumumkan tahun lalu, tender untuk tapak kosong yang terletak antara Somerset Skatepark dengan Kiliney Road, dianugerahkan kepada syarikat pengedaran barangan sukan, The Ride Side, untuk membina kemudahan sukan papan bersepadu yang baru.

Dinamakan Trifecta, pelawat boleh datang untuk bermain papan selaju, luncur air, papan peluncur papan salji di daya tarikan baru itu yang bakal dibuka pada tahun depan.

Satu kegiatan perlumbaan dan permainan interaktif baru menggunakan kereta go-kart elektrik juga dijangka dibuka di Sentosa menjelang 2023.

SEKTOR PELANCONGAN BERSEDIA PULIH DENGAN KUKUH

Encik Tan berkata sektor pelancongan sudah bersedia untuk pemulihan yang kukuh, disebabkan pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh industri pelancongan sepanjang dua tahun lalu. Ini termasuk mengekalkan kemahiran penting, membina keupayaan baru dan menyegarkan semula produk serta prasarana.

Dengan banyak lagi destinasi pelancongan membuka semula ekonominya dan mempergiatkan kempen pelancongan ke negara masing-masing, Encik Tan berkata Singapura harus mencari cara untuk membezakan dirinya dari segi perkhidmatan, pengalaman dan pendampingan dengan pelawat.

Beliau berkata lagi bahawa Singapura akan merancakkan lagi kempen pemulihan antarabangsa, SingapoReimagine di seluruh dunia termasuk Australia, India dan Indonesia.

Untuk menyokong usaha pasaran Singapura, STB akan mempertingkatkan lagi kerjasama serantau dan antarabangsa dengan pemain penerbangan seperti Singapore Airlines, Qantas dan Lapangan Terbang Changi serta agensi pelancongan online utama dan rakan media untuk menampilkan Singapura.

STB juga akan melancarkan program insentif baru yang menawarkan pengalaman percuma kepada pelawat apabila mereka melancong ke Singapura.

PELANCONGAN PERNIAGAAN

Dalam jangka masa sederhana dan panjang, Singapura perlu mempertahankan dan meningkatkan kedudukannya sebagai nadi Sejagat-Asia untuk pelancongan perniagaan, antara lain.

Sasarannya adalah untuk menjadikan Singapura "tuan rumah kepada acara MICE terbaik", terutama sekali yang boleh menghimpunkan perniagaan dari Asia, Eropah dan Amerika, kata Encik Tan.

Khususnya, STB memberikan tumpuan kepada acara perniagaan yang semakin berkembang yang relevan dengan keperluan masa depan seperti kemampanan, huraian bandar dan penghasilan lanjutan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan