STB gantung lesen ejen pelancongan Continental Travel Singapore
Ia berikutan rayuan Continental Travel Singapore terhadap notis niat yang dikeluarkan STB untuk menggantung lesen ejen pelancongan syarikat itu kerana disyaki terlibat dalam menyalahgunakan Baucar SingapoRediscovers.

Continental Travel Singapore di People's Park Complex. (Gambar: Continental Travel Singapore/Facebook)
Ia berikutan rayuan Continental Travel Singapore terhadap notis niat yang dikeluarkan STB untuk menggantung lesen ejen pelancongan syarikat itu kerana disyaki terlibat dalam menyalahgunakan Baucar SingapoRediscovers (SRV), kata STB dalam satu makluman media.
"Continental Travel Singapore didakwa terlibat dalam aturan 'cashback' dengan mengembalikan sebahagian nilai tempahan baucar SRV yang dibuat beberapa orang awam dengan wang tunai," tambah STB.
Pada September lalu, polis menahan tiga orang yang dikaitkan dengan agensi pelancongan itu kerana disyaki terlibat dlam skim tersebut.
Siasatan polis mengenai perkara itu sedang dijalankan.
"STB memandang serius ejen pelancongan yang ingkar dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi reputasi industri pelancongan Singapura , termasuk merujukkan kes tersbut kepada polis," tambahnya.
STB pada September lalu menyatakan Continental Travel sudah digugurkan daripada skim baucar tersebut.
Warga Singapura berusia 18 tahun dan ke atas menerima baucar bernilai S$100, yang boleh digunakan untuk menempah penginapan hotel dan kunjungan ke daya tarikan di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.