STB gantung lesen ejen pelancongan Al Faheem Tours & Travels
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Al Faheem Tours & Travels Pte Ltd/Facebook
SINGAPURA: Syarikat Al Faheem Tours & Travels Pte Ltd (AF) telah digantung daripada menjalankan aktiviti ejen pelancongan berkuat kuasa 28 Mei 2024, mengikut Akta Ejen-ejen Pelancongan 1975.
"Penggantungan itu disebabkan kegagalan syarikat itu untuk menyerahkan penyata akaunnya yang sudah diaudit dalam masa enam bulan selepas tahun kewangannya berakhir," menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam satu nasihat media pada Rabu (29 Mei).
Menurut STB, syarikat itu juga gagal membayar denda kewangan sebagai ganti untuk penggantungan atau pembatalan yang dikenakan bagi pelanggaran itu.
STB menambah bahawa penggantungan itu berkuat kuasa sehingga Al Faheem Tours & Travels membayar penalti kewangan, atau sehingga enam bulan, yang mana lebih awal.
Menurut halaman Facebook Al Faheem Tours & Travels, syarikat yang terletak di Sim Lim Tower itu adalah pengendali pakej umrah yang "menawarkan perkhidmatan terbaik dan sokongan pelanggan yang memuaskan."
"Semasa tempoh penggantungan, Al Faheem Tours & Travels mesti memenuhi kewajipan sedia ada kepada para pelanggannya, tetapi tidak dibenarkan untuk menerima tempahan pelancongan baharu," menurut STB.
Tambahnya, ia memandang serius terhadap ejen pelancongan yang melanggar peraturan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi reputasi industri pelancongan Singapura.
Orang ramai boleh merujuk kepada senarai terkini ejen pelancongan berlesen di Singapura di alamat https://trust.stb.gov.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/nj
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.