STB beri geran bagi konsert Taylor Swift di Singapura, badan pemerintah lain 'bekerja langsung' dengan penganjur
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AP/Chris Pizzello)
SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyediakan geran untuk membantu membawa konsert jelajah dunia Taylor Swift ke sini pada bulan depan - satu-satunya persinggahan di Asia Tenggara buat beliau.
STB dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) menyatakan ini pada Selasa (20 Feb) sebagai respons kepada pertanyaan media.
Mereka bagaimanapun tidak mengesahkan jika perjanjian eksklusif dicapai untuk menghalang bintang pop asal Amerika itu daripada mengadakan konsert di negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Timbul desas-desus mengenai perkara ini apabila Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata pada Jumaat lalu (16 Feb) bahawa pemerintah Singapura menawarkan antara AS$2 juta hingga AS$3 juta (S$2.7 juta - S$4 juta) bagi setiap konsert jika ia diadakan secara eksklusif di Asia Tenggara.
Menurut Encik Srettha, penganjur konsert iaitu AEG yang memaklumkan beliau tentang aturan tersebut.
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, MCCY dan STB tidak memberikan butiran seberapa besar geran pemerintah mahupun apakah syarat-syarat yang ditetapkan.
Mereka menjelaskan bahawa MCCY dan Kallang Alive Sport Management "bekerja langsung" dengan AEG buat Swift mengadakan konsert di Stadium Negara Singapura kerana tahu ada "permintaan kukuh" daripada para peminat tempatan dan serantau.
"STB juga menyokong acara itu menerusi satu geran," tambahnya.
Kallang Alive Sport Management, sebuah entiti milik penuh di bawah MCCY, menguruskan Hab Sukan Singapura di mana terletaknya Stadium Negara.
Tiket bagi kesemua enam konsert Taylor Swift, yang dijadual berlangsung antara 2 Mac hingga 9 Mac, laris dijual.
Lebih 300,000 tiket kesemuanya terjual, dengan "ramai" peminat yang akan berkunjung ke sini dari luar negara, tambah MCCY dan STB.
"Ini dijangka menjana manfaat besar kepada ekonomi Singapura, terutama sekali kegiatan pelancongan seperti hospitaliti, runcit, pelancongan dan makanan, seperti yang sudah berlaku di kota-kota lain di mana Taylor Swift mengadakan konsert," menurut mereka lagi.
Singapura adalah salah satu perhentian di Asia bagi konsert jelajah Eras penyanyi itu.
Awal bulan ini, Swift membuat empat persembahan di Tokyo.
Selepas Singapura, Taylor Swift akan ke Paris pada 9 Mei sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain merata Eropah seperti London, Amsterdam, Milan, Munich dan Vienna.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.