Skip to main content

Singapura

Status PR Ian Fang, Lev Panfilov sedang disemak: ICA

Anggaran Waktu Membaca:
Status PR Ian Fang, Lev Panfilov sedang disemak: ICA

Ian Fang dan Lev Panfilov. (Gambar: Instagram/ianisasi, levpanf)

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sedang menilai semula status penduduk tetap Ian Fang dan Lev Panfilov, menurutnya pada Rabu (21 Mei).

Menjawab soalan Mediacorp tentang kesalahan dua lelaki terbabit, ICA mengesahkan bahawa penduduk tetap Singapura yang sabit kesalahan akan dinilai semula status PR mereka oleh ICA.

"Sedang semakan status PR untuk Ian Fang dan Lev Panfilov masih dijalankan, kami tidak dapat berkongsi butiran lanjut buat masa ini," menurut jurucakap ICA.

Fang, seorang bekas pelakon, dijatuhi hukuman penjara 40 bulan pada Isnin selepas mengaku bersalah atas kesalahan seksual melibatkan seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun ketika itu.

Lelaki berusia 35 tahun itu dilahirkan di Shanghai dan menerima pendidikan di Singapura, dan merupakan penduduk tetap Singapura.

Fang, yang nama penuhnya Fang Wei Jie, mengaku bersalah atas tiga tuduhan melakukan hubungan seksual terhadap seorang gadis bawah umur 16 tahun.

Tiga tuduhan yang sama diambil kira ketika menjatuhkan hukuman, bersama-sama dengan satu tuduhan mengganggu proses keadilan dan satu tuduhan mengintai.

Perintah mahkamah dikenakan ke atas identiti mangsa Fang, yang berusia 15 tahun pada masa kesalahan itu pada 2024.

Fang adalah seorang guru lakonan dengan sekolah model kanak-kanak yang menyediakan kelas untuk pelajar berumur empat hingga 14 tahun ketika mereka berdua bertemu di sebuah acara hiburan.

Hukuman maksimum yang mungkin dihadapi Fang ialah penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dia tidak menghadapi hukuman rotan atas kesalahannya.

Bekas pelakon Wah!Banana Panfilov, seorang penduduk tetap dari Rusia, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun enam bulan, serta 12 sebatan rotan, kerana merogol, menyerang secara seksual dan mencabul seorang wanita yang ditemuinya di aplikasi Tinder.

Selepas dijatuhi hukuman pada Isnin, peguam 29 tahun itu mengesahkan bahawa dia akan merayu sabitan dan hukumannya. Mangsa dalam kesnya juga tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identitinya.

Keputusan berprofil tinggi untuk kes Panfilov pada Mac menarik perhatian online selepas menerima komen daripada mantan naib presiden Persatuan Undang-undang Singapura Chia Boon Teck.

Dalam catatan di LinkedIn, Encik Chia kelihatan mempersoalkan tindakan mangsa dan membuat komen yang dianggap sebagai memalukan mangsa.

Komen beliau menerima reaksi dan kemarahan orang ramai, termasuk para peguam, dan Persatuan Undang-Undang kemudian meminta beliau meletak jawatannya.

Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam turut menyatakan bahawa "memalukan dan menyalahkan mangsa melampaui batas".

Mereka yang sabit kesalahan merogol boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan rotan.

Hukuman bagi serangan seksual adalah sama seperti hukuman rogol.

Mereka yang sabit kesalahan mencabul boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda, dirotan, atau mana-mana gabungan hukuman ini.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita