StarHub siasat masalah Internet; pengguna adu alami gangguan merata S'pura
StarHub sedang menyiasat masalah khidmat Internet syarikat itu pada Selasa (17 Sep) sedang para pelanggan menggunakan media sosial untuk membuat aduan terhadap gangguan pada khidmat Internet.
Gambar fail. (Gambar: AFP)
SINGAPURA: StarHub sedang menyiasat masalah khidmat Internet syarikat itu pada Selasa (17 Sep) sedang para pelanggan menggunakan media sosial untuk membuat aduan terhadap gangguan pada khidmat Internet.
"Kami sudah menerima aduan-aduan mengenai akses Internet dan kami sedang menjalankan siasatan," menurut StarHub dalam satu catatan di akaun Facebooknya pada sekitar pukul 6.40 petang.
"Kami akan memberikan maklumat terkini secepat mungkin."
Dalam satu kemas kini pada pukul 6.55 petang, StarHub menyatakan: "Para jurutera kami sedang bekerja keras dan kami sedang memulihkan khidmat kami secara bertahap-tahap."
"Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kesulitan data buat sementara waktu. Cuba mulakan semula peralatan anda untuk menyegarkan semula ketersambungan data," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan aduan pengguna di laman Down Detector, isu-isu berkaitan khidmat jalur lebar dan data telefon bimbit menjejas para pelanggan StarHub di hampir merata negara.
Para pelanggan yang terjejas adalah di kawasan-kawasan seperti Clementi, Marina Crescent, Buona Vista, Bedok, Woodlands, Bugis, Lanvender, Punggol, Bukit Batok Crescent, Katong, Choa Chu Kang dan Buona Vista.
Sesetengah pengguna berkata di media sosial bahawa gangguan pada rangkaian itu bermula sekitar pukul 6.00 petang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.