StarHub satu-satunya pilihan sesuai untuk bergabung dengan M1: CEO Keppel
Kedai StarHub di pusat beli-belah Northpoint City dan kedai M1 di pusat beli-belah Causeway Point pada 24 November 2026. (Gambar fail: CNA/Ili Mansor)
- Keppel and StarHub proposed merging StarHub with M1 through a cashless share swap after plans to sell M1 to Simba were called off; Keppel CEO Loh Chin Hua considered StarHub a suitable partner.
- The deal requires approval from IMDA, MDDI and shareholders of both companies, with completion targeted for the first half of 2027 if all conditions are met.
- Keppel sees the merger as a way to reduce its direct asset ownership by 2030, avoid recognising M1’s net debt of about S$324 million and fund its technology needs, while helping the combined company save costs and consolidate operations.
- Keppel will receive a 23 per cent stake in the enlarged StarHub, with potential value from share-price gains and dividends; the shares could be sold or distributed, and the proceeds and debt reduction could be considered for a special dividend, but the benefit figures are not forecasts.
SINGAPURA: StarHub merupakan "satu-satunya rakan gabungan yang benar-benar sesuai" bagi M1 selepas rancangan menjual syarikat telekomunikasi itu kepada Simba dibatalkan.
Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Keppel, Loh Chin Hua.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Singapura pada Khamis (26 Nov), Keppel berkongsi jawapan Encik Loh terhadap pertanyaan para pelabur mengenai rancangan syarikat itu untuk melepaskan pegangannya dalam M1.
Kenyataan tersebut dibuat selepas StarHub dan Keppel, syarikat induk M1, mengumumkan pada Selasa bahawa kedua-dua syarikat telekomunikasi itu merancang untuk bergabung menerusi urus niaga yang melibatkan pertukaran saham sepenuhnya, tanpa pembayaran tunai.
Gabungan yang diusulkan itu perlu mendapat kelulusan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Kementerian Pembangunan Digital dan Penerangan (MDDI).
Ia juga memerlukan persetujuan para pemegang saham StarHub dan Keppel dalam mesyuarat agung luar biasa masing-masing, selain memenuhi syarat-syarat lain yang berkaitan.
Jika semua kelulusan diperolehi dan syarat dipenuhi, gabungan tersebut dijangka selesai menjelang separuh pertama 2027.
Menurut Encik Loh, perjanjian itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana syarikat yang bergabung dapat menjimatkan wang tunai untuk digunakan bagi menyatukan operasi dan mengembangkan perniagaan.
"Bagi Keppel, langkah ini membolehkan kami meraih manfaat apabila pasaran telekomunikasi menjadi lebih tertumpu, keadaan persaingan bertambah baik dan syarikat yang bergabung mencapai penjimatan serta manfaat daripada penyatuan operasi," tambah beliau.
STRATEGI KEPPEL UNTUK LEPASKAN PEGANGAN DALAM M1
Encik Loh menyifatkan perjanjian yang diusulkan itu sebagai proses melepaskan pegangan dalam dua peringkat.
Langkah tersebut sejajar dengan strategi Keppel untuk mengurangkan pemilikan aset secara langsung dan mendapatkan hasil daripada penjualan aset yang bukan lagi menjadi tumpuan utama perniagaannya menjelang 2030.
Selepas gabungan selesai, Keppel tidak lagi perlu memasukkan hutang bersih M1 berjumlah sekitar S$324 juta (AS$251 juta) dalam penyata kewangan kumpulannya.
Keppel juga tidak lagi perlu membiayai pelaburan M1 dalam prasarana teknologi, keselamatan siber, rangkaian telekomunikasi dan penggunaan spektrum.
Menurut Encik Loh, Keppel juga tidak lagi perlu memasukkan prestasi kewangan M1 dalam keputusan kewangannya, termasuk kerugian seperti yang dicatatkan pada separuh pertama 2026.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Keppel akan menerima 23 peratus pegangan dalam StarHub yang diperbesarkan selepas gabungan, bersamaan 546.5 juta saham.
Keppel kemudian boleh menjual saham tersebut secara berperingkat atau kepada pelabur strategik dan dana pelaburan untuk mendapatkan wang tunai.
Encik Loh berkata beberapa pelabur strategik menunjukkan minat yang tinggi terhadap pasaran telekomunikasi Singapura sekiranya jumlah syarikat telekomunikasi utama berkurangan daripada empat kepada tiga.
Menurut beliau, pengurangan hutang bersih yang tidak lagi dimasukkan dalam penyata kewangan Keppel, serta hasil daripada sebarang penjualan saham StarHub pada masa depan, akan diambil kira apabila menentukan dividen khas untuk pemegang saham Keppel.
Keppel juga boleh memilih untuk mengagihkan saham StarHub secara langsung kepada pemegang sahamnya atau menggunakan gabungan beberapa kaedah tersebut.
POTENSI MANFAAT KEWANGAN
Encik Loh menarik perhatian bahawa M1 hanya menyumbang S$3 juta kepada keuntungan Keppel bagi tahun kewangan 2025.
"Jika perjanjian dengan StarHub sudah dilaksanakan pada 1 Januari 2025, sumbangan daripada dividen sahaja akan mencecah S$34 juta," kata beliau.
Bagi menunjukkan potensi manfaat kewangan, Encik Loh memberi contoh bahawa kenaikan harga saham StarHub sebanyak S$0.10 dalam tempoh setahun akan meningkatkan nilai pegangan Keppel sebanyak kira-kira S$55 juta.
Jika StarHub terus membayar dividen biasa sebanyak S$0.06 bagi setiap saham, Keppel juga layak menerima tambahan sekitar S$33 juta dalam bentuk tunai.
Ini bermakna Keppel berpotensi menikmati peningkatan nilai saham dan pendapatan dividen berjumlah kira-kira S$88 juta bagi tahun tersebut.
Encik Loh menambah nilai 546.5 juta saham StarHub yang dimiliki Keppel akan meningkat sekitar S$268 juta sekiranya harga saham StarHub naik daripada S$1.01 ketika pengumuman gabungan kepada S$1.50.
Bagaimanapun, Keppel menegaskan bahawa angka-angka tersebut hanyalah contoh untuk menunjukkan potensi manfaat dan bukan ramalan mengenai prestasi harga saham pada masa depan.
"Kami percaya bahawa manfaat daripada tidak lagi memasukkan kewangan M1 dalam akaun kumpulan Keppel, serta potensi jangka panjang pegangan kami dalam syarikat yang bergabung, menjadikan perjanjian ini sangat baik untuk Keppel," kata Encik Loh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.