Starbucks SG mohon maaf, jelaskan dasar haiwan peliharaan setelah catatan Facebook tular
Anggaran Waktu Membaca:
Cawangan Starbucks di East Coast Park. (Gambar: Starbucks Singapore)
SINGAPURA: Starbucks Singapura menjelaskan bahawa tiada sebarang perubahan pada dasarnya yang mesra haiwan peliharaan, menyusuli kekeliruan yang timbul akibat satu catatan Facebook yang tular.
Catatan tersebut, yang dikongsi pada Isnin (11 Mei), menunjukkan papan tanda yang dipamerkan di cawangan Parkland Green rangkaian kopi berkenaan di East Coast Park. Papan tanda itu menyatakan bahawa "Mulai 25 Mei 2026, haiwan peliharaan tidak lagi dibenarkan di kawasan tempat duduk dalam dan luar bangunan" sebagai sebahagian daripada "peralihan ke arah operasi bersijil halal". Papan tanda itu menambah bahawa anjing pemandu atau 'guide dog' masih akan dibenarkan.
Pengguna Facebook yang berkongsi gambar tersebut mengkritik notis itu, menyifatkannya sebagai "sangat tidak masuk akal dan bodoh" serta menyatakan mereka akan "memboikot semua cawangan Starbucks Singapura".
Catatan itu mendapat reaksi bercampur-baur. Beberapa pengulas menyokong idea menyekat haiwan peliharaan dengan menyatakan bahawa perniagaan mempunyai hak untuk menetapkan dasar mereka sendiri. Yang lain, termasuk beberapa pengulas beragama Islam, berkata mereka tidak ada masalah dengan kehadiran haiwan peliharaan di persekitaran luar kafe.
Dalam satu kenyataan, Starbucks Singapura menyatakan pihaknya "memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang disebabkan oleh komunikasi awal kami" dan menjelaskan bahawa "buat masa ini, tiada perubahan pada operasi kedai semasa kami, dan haiwan peliharaan akan terus dialu-alukan di premis kami".
Sebagai respons kepada pertanyaan sama ada mereka akan menjadikan semua cawangan mereka bersijil halal, rangkaian kopi itu menyatakan bahawa syarikat itu "akan berkongsi kemas kini apabila ia tersedia".
Menurut lamannya, Starbucks Singapura kini mempunyai 29 cawangan mesra haiwan peliharaan, termasuk lokasi di Jurong Lake Gardens, Bird Paradise dan Sentosa Sensoryscape.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.