Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Starbucks buka cawangan mesra haiwan peliharaan di Taman Tasik Jurong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anda yang gemar menghirup kopi dengan dikelilingi alam semula jadi kini boleh ke cawangan terbaru Starbucks di Taman Tasik Jurong.

Sekali pandang, anda mungkin akan merasakan seakan-akan berada dalam kawasan chalet dengan sentuhan reka bentuk kayu gelap.

Ruang di dalam pula, luas dan lapang dengan tingkap dari lantai ke siling, membolehkan pelanggan menikmati pemandangan langit biru dan tasik berdekatan tanpa halangan.

Ia juga mudah diakses dari stesen MRT Lakeside dan laluan Penghubung Taman Jurong.

Daripada gambar yang dimuat naik di Google Maps, terdapat banyak bangku, meja dan kerusi yang tersedia supaya pelanggan dapat duduk di luar.

Namun, apa yang lebih menarik lagi ialah cawangan itu mesra haiwan peliharaan bermakna anda boleh membawa haiwan kesayangan anda untuk sama-sama datang menikmati suasana santai di kafe itu.

Sudah tentu, terdapat senarai peraturan yang perlu dipatuhi seperti memastikan haiwan peliharaan anda diikat pada setiap masa atau diletakkan di dalam kereta sorong. Pastikan juga anda mengamalkan kebersihan asas.

Menurut paparan di Google, cawangan Starbucks du Taman Tasek Jurong itu dibuka sejak Sabtu (26 Nov).
 
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan