A*STAR, Yayasan Temasek uji kaji peranti bagi kurangkan penularan COVID-19
Masyarakat Kajian dan Pengembangan (R&D) di negara ini sedang berusaha mengawal ampaian air di udara dalam usaha melawan penularan virus COVID-19.
SINGAPURA: Masyarakat Kajian dan Pengembangan (R&D) di negara ini sedang berusaha mengawal ampaian air di udara dalam usaha melawan penularan virus COVID-19.
Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) sedang meneroka cara terbaik mengurangkan sebanyak mungkin risiko penularan koronavirus yang disebabkan ampaian air itu dengan menggunakan beberapa inovasi yang sudah ada.
Salah satu inovasi yang sedang diuji kaji A*STAR dan Yayasan Temasek adalah lapisan nipis yang digunakan untuk menutup lubang-lubang pada pembahagi di atas meja.
Para penyelidik mendapati lapisan itu dapat mencegah titisan air liur daripada menembusi lubang-lubang itu.
Pada masa yang sama, ia juga dapat meningkatkan keupayaan penghantaran bunyi menembusi pembahagi meja. Jadi sesiapa yang duduk bertentangan boleh mendengar satu sama lain dengan jelas.
Lapisan nipis itu dipercayai amat sesuai juga untuk digunakan di pusat-pusat penjaja.
Satu lagi inovasi yang sedang diuji kaji adalah peranti yang dapat meningkatkan kemampuan semula jadi tumbuh-tumbuhan untuk membersihkan udara dengan menghasilkan sehingga sejuta lebih banyak ion negatif.
Ion negatif akan menarik titisan air dari udara dan melekat pada permukaan seperti dinding atau lantai.
Menurut A* STAR, peranti itu amat berguna untuk tempat-tempat yang mempunyai sistem pengaliran udara yang rendah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.