Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

A*STAR mahu hasilkan bateri lebih selamat, tidak mudah terbakar

Tidak lama lagi, alternatif lebih selamat berbanding bateri litium-ion mungkin akan dihasilkan di Singapura menerusi kerjasama dengan firma penghasil tenaga bersih Kanada.

Anggaran Waktu Membaca:
A*STAR mahu hasilkan bateri lebih selamat, tidak mudah terbakar

Prof Jackie Y Ying dari A*STAR (duduk, kiri) dan Dr Karim Zaghib dari Hydro-Quebec (duduk, kanan). (Gambar: A*STAR)

Diterbitkan : 04 Apr 2018 07:58PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 08:01PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, alternatif lebih selamat berbanding bateri litium-ion mungkin akan dihasilkan di Singapura menerusi kerjasama dengan firma penghasil tenaga bersih Kanada.

Makmal NanoBio Agensi Sains, Teknologi dan Kajian, A*Star sudahpun memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan syarikat Hydro-Québec Kanada untuk membiayai makmal bernilai AS$20 juta (S$26 juta) untuk menjalankan kajian bateri. Demikian diumumkan oleh A*STAR hari ini (4 Apr).

Makmal baru itu, yang terletak di hab kajian bioperubatan Biopolis, akan menggajikan lebih 30 pengkaji. Ia bertujuan untuk mempertingkat bateri pepejal atau 'solid-state' yang tidak mudah terbakar, yang dianggap sebagai alternatif lebih selamat berbanding bateri litium-ion.

Bateri litium-ion lazimnya digunakan untuk peralatan eletronik termasuk tablet, alat pengesan kecerdasan dan telefon bijak serta alat pergerakan peribadi seperti hoverboard.

Kes-kes telefon bijak dan hoverboard yang meletup sejak kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelanggan terhadap keselamatan bateri, menurut A*STAR menerusi satu kenyataan media.

Makmal tersebut akan menumpukan perhatian kepada pembangunan bahan dan teknologi nano baru bagi kenderaan elektrik serta penyimpanan tenaga yang selamat, cekap dan menjimatkan kos.

Ia juga bukanlah kali pertama Makmal NanoBio bekerjasama dengan Hydro-Québec, iaitu sebuah pembekal besar elektrik yang bergantung kepada tenaga bersih dan boleh diperbaharui di Kanada.

"Menerusi pertukaran mendalam teknologi, kami sudah mewujudkan banyak bahan baru yang menarik dan kami gembira untuk meluaskan lagi kerjasama bagi mempercepat usaha Kajian dan Pengembangan Teknologi ke arah lebih komersil," kata Ketua Makmal NanoBio, Profesor Jackie Y Ying.

Dr Karim Zaghib dari Hydro-Québec berkata: "Bersama-sama kami mahu menghasilkan generasi baru bateri pepejal (solid-state) di Singapura dan Québec."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan