Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

A*STAR lancar institut kajian baru sokong inovasi makanan S'pura

Agensi A*STAR menubuhkan sebuah institut kajian baru bagi menyokong ekosistem inovasi makanan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
A*STAR lancar institut kajian baru sokong inovasi makanan S'pura
Diterbitkan : 20 Nov 2019 09:29PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 09:41PM

SINGAPURA: Agensi A*STAR menubuhkan sebuah institut kajian baru bagi menyokong ekosistem inovasi makanan Singapura.

Diumumkan pada Rabu (20 Nov), institut kajian itu menggabungkan usaha sedia ada serta keupayaan kajian di A*STAR di bawah satu bumbung, dan bertujuan membantu Singapura mencapai matlamatnya untuk menghasilkan 30 peratus daripada keperluan khasiat para penduduknya menjelang 2030.

Lycopene merupakan bahan antioksidan yang memberikan tomato warna merahnya.

Dan anda perlu menanam buah tomato seluas saiz negara Singapura untuk mendapatkan satu tan bahan lycopene.

Namun program BioTrans A*STAR boleh menghasilkannya dalam masa setahun.

BioTrans adalah sebuah unit di bawah Institut Inovasi Makanan dan Bioteknologi Singapura.

A*STAR berharap institut baru itu akan menjadi pusat sehenti bagi pemain industri.

Ia dijangka dibuka pertengahan tahun depan dan akan menggalak kerjasama dalam industri serta dengan agensi-agensi sektor awam yang lain.

Pejabat utamanya akan ditempatkan di Biopolis, dengan makmal-makmal satelitnya di Kent Ridge dan Jurong. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan