Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Standing Tall: Jilid 2 biografi Goh Chok Tong diterbitkan tahun ini

Mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong pada Jumaat (22 Jan) berkata jilid kedua biografinya akan mula dijual pada lewat April atau awal Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Standing Tall: Jilid 2 biografi Goh Chok Tong diterbitkan tahun ini

(Gambar: Facebook/Goh Chok Tong)

Diterbitkan : 22 Jan 2021 04:21PM Dikemas Kini : 22 Jan 2021 04:23PM

SINGAPURA: Mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong pada Jumaat (22 Jan) berkata jilid kedua biografinya akan mula dijual pada lewat April atau awal Mei.

Buku bertajuk Standing Tall: The Goh Chok Tong Years (Berdiri Teguh: Kisah Goh Chok Tong), dirancang dilancarkan sempena ulang tahun beliau yang ke-80, kata Encik Goh dalam satu catatan Facebook.

"Sudah terima cetakan awal buku Standing Tall daripada penerbit. Kulit buku sedang direka dan gambar dipilih. Sedang semak teks sekali lagi untuk memperhalusinya lagi," kata Encik Goh.

"PM (Lee Hsien Loong) dan seorang teman yang sudah membaca draf buku ini masing-masing memberi maklum balas yang sama: Menarik.

"Saya harap anda juga akan menikmatinya apabila ia diterbitkan," katanya.

Jilid pertama bertajuk Tall Order: The Goh Chok Tong Story (Tugas Mencabar: Kisah Goh Chok Tong) diterbitkan pada 2018. Ia mengisahkan hidup dan kerjaya Encik Goh, dari zaman kanak-kanak hingga beliau menjadi perdana menteri Singapura yang kedua pada 1990, mengambil alih daripada mendiang Lee Kuan Yew.

Jilid kedua ini akan memaparkan perubahan yang beliau lalui sebagai seorang pemimpin politik sepanjang 14 tahun beliau berkhidmat sebagai perdana menteri, menurut sinopsis buku di laman penerbit World Scientific.

Ketika tempoh khidmatnya itu, Encik Goh memperkenalkan beberapa "dasar yang mencetuskan kontroversi" di Singapura, termasuk skim bakat asing dan formula bagi gaji menteri, menurut sinopsis buku tersebut.

Encik Goh juga berdepan pelbagai cabaran dalam dunia pasca Perang Dingin di samping memperluas ruang dan kedudukan Singapura di peringkat global, menurut sinopsis itu.

Berdasarkan judul-judul bab di laman itu memberi gambaran akan beberapa peristiwa dan isu yang akan dikupas dalam jilid kedua: "Snapped Election" (Pilihan Raya Mengejut), "One Main Regret" (Satu Penyesalan Utama) dan "The Invisible Enemy" (Musuh Terselindung).

Kedua-dua buku tersebut ditulis oleh mantan wartawan Straits Times Peh Shing Huei.

Encik Goh bersara daripada politik tahun lalu, selepas lebih 40 tahun menjadi Anggota Parlimen (AP) bagi Marine Parade. 

Sumber : CNA/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa