Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Standard Chartered, RSVP Singapore rancang anjur program cegah demensia

Bank Standard Chartered dan pertubuhan RSVP Singapore hari ini (14 Feb) mengumumkan tentang rancangan menganjurkan satu program seluruh negara untuk bantu mencegah penyakit demensia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2019 11:18PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 01:14AM

SINGAPURA: Bank Standard Chartered dan pertubuhan RSVP Singapore hari ini (14 Feb) mengumumkan tentang rancangan menganjurkan satu program seluruh negara untuk bantu mencegah penyakit demensia.

Kerjasama tiga tahun itu bertujuan membangunkan keupayaan golongan warga emas dan menggalak mereka supaya lebih aktif dalam masyarakat.

Ini termasuk inisiatif sukarelawan bagi golongan warga emas dan belia untuk bekerjasama dalam projek-projek kemasyarakatan.

Berucap di acara pemeteraian Memorandum Persefahaman, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu menggesa lebih ramai warga emas agar menjadi sukarelawan.

Ini memandangkan lebih setengah juta rakyat Singapura yang merupakan Generasi Merdeka sudah bersara atau akan bersara tidak lama lagi. 

Sumber : CNA/HA/aq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa