Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Standard Chartered, Majlis Sukan SG derma $100,000 kepada Persatuan Atletik SG

Anggaran Waktu Membaca:
Standard Chartered, Majlis Sukan SG derma $100,000 kepada Persatuan Atletik SG

Gambar: Facebook/Standard Chartered Singapore Marathon

SINGAPURA: Hujan lebat pada pagi Ahad (4 Dis) menyebabkan Maraton Standard Chartered terpaksa ditangguhkan selama sejam.

Namun apabila perlumbaan akhirnya dimulakan pada pukul 5.30 pagi, para pelari Kenya muncul sebagai juara bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Ezekiel Kemboi Omullo muncul juara bagi kategori lelaki dengan masa dua jam, dua puluh minit dan dua puluh saat (2:20:20).

Pelari utama dari Singapura pula ialah Noboru Matsumoto yang menamatkan perlumbaan dengan masa dua jam, empat puluh tujuh minit dan sembilan belas saat (02:47:19).

Bagi kategori wanita, pelari Kenya, Esther Wanjiru Macharia merangkul tempat pertama dengan larian dua jam, empat puluh lima minit dan sembilan saat (02:45:09).

Beliau meninggalkan pemenang tempat kedua, dua minit di belakang.

Dalam pada itu, penganjur Maraton Standard Chartered membuat sumbangan $50,000 kepada Persatuan Atletik Singapura bagi menyokong pembangunan para atlit tempatan.

Sumbangan itu akan dipadankan dengan jumlah yang sama oleh Majlis Sukan Singapura.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan