Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Stamford Land Corp capai huraian selepas episod saman malu dengan Mano Sabnani

Syarikat hartanah Stamford Land Corporation mencapai "penyelesaian yang baik" dalam saman malu terhadap pemegang saham minoriti, Mano Sabnani.

Anggaran Waktu Membaca:
Stamford Land Corp capai huraian selepas episod saman malu dengan Mano Sabnani

Mahkamah Tinggi di Singapura.

Diterbitkan : 07 Oct 2018 07:43PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 07:46PM

SINGAPURA: Syarikat hartanah Stamford Land Corporation mencapai "penyelesaian yang baik" dalam saman malu terhadap pemegang saham minoriti, Mano Sabnani.

Encik Sabnani didakwa awal bulan lalu setelah menulis komen-komen berkaitan syarikat tersebut di laman Facebook dan akhbar The Business Times.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk "mengakhiri episod yang malang itu". Encik Sabnani juga bersetuju untuk menarik balik komen-komennya dan meminta maaf atas kesulitan yang berlaku.

Menurut kenyataan bersama itu juga, Stamford Land ialah salah sebuah syarikat yang "membolehkan" Encik Sabnani "meraih kebebasan kewangan sepanjang 30 tahun melalui pelaburan berhati-hati."

Sumber : Today/HA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan