Stadium Tertutup Singapura sambut T-Rex bersama 17 dinosaur lain 29 Ogos
Bayangkan pengalaman berjalan dengan dinosaur.
SINGAPURA: Bayangkan pengalaman berjalan dengan dinosaur.
Itulah yang boleh dirasai menerusi pertunjukan "Walking with Dinosaurs - The Live Experience" dari 29 Ogos hingga 5 September.
Diadakan di Stadium Tertutup Singapura pertunjukan itu mempamerkan 18 dinosaur.
Orang ramai berpeluang merasakan pengalaman seolah-olah berjalan bersama haiwan purba itu yang hidup 65 juta tahun lalu.
Sembilan spesies dinosaur bakal ditampilkan termasuk jenis yang makan daging,
Tyrannosaurus rex (T-Rex), dinosaur leher jinjang Brachiosaurus dan jenis makan tumbuh-tumbuhan Stegosaurus.
Pertunjukan itu adalah inspirasi dari siri BBC dan kali terakhir diadakan pada 2010.
Kos keseluruhan untuk 'menghidupkan' pertunjukan tersebut menelan belanja $20 juta dan memerlukan 50 kumpulan kakitangan dari jurutera, pelukis dan juru animasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.