Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ST Logistics meterai perjanjian dengan sekolah untuk sediakan kursus latihan

Anggaran Waktu Membaca:
00:53 Min
Syarikat ST Logistics juga akan memperuntukkan sekitar S$1.7 juta setahun untuk memberi ganjaran kepada pekerjanya yang ingin meningkatkan kemahiran mereka.
Diterbitkan : 22 Feb 2022 08:39PM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 09:03PM

SINGAPURA: Pekerja ST Logistics boleh meraih manfaat daripada kursus latihan yang disediakan khusus bagi keperluan automasi syarikat tempatan itu.

Malah, mereka juga boleh mendapat insentif tunai bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Kursus-kursus itu adalah sebahagian daripada beberapa perjanjian yang dimeterai bersama sekolah dan penyedia latihan seperti Institut Teknologi Singapura dan Politeknik Nanyang pada Selasa (22 Feb).

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata perjanjian sedemikian boleh saling memberi manfaat kepada perniagaan dan sekolah.

Pelajar boleh memohon bagi menjalani latihan amali dan peluang pekerjaan.

Sementara itu, pihak syarikat dapat akses kepada bakat-bakat muda.

ST Logistics menyatakan latihan bagi pekerja diberi keutamaan lebih-lebih lagi sedang teknologi terus maju dengan pesat.

Di bawah satu skim baru yang dilancarkan, syarikat ST Logistics akan memperuntukkan sekitar S$1.7 juta setahun untuk memberi ganjaran kepada pekerja yang meningkatkan kemahiran mereka.

Sumber : CNA/RU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan