Skip to main content

Singapura

St John’s Island Lodge dibuka semula setelah kerja naik taraf

 St John's Island Lodge dibuka semula pada Sabtu (1 Jun) setelah selesai kerja-kerja naik taraf sejak setahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jun 2019 09:36AM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 10:55PM

SINGAPURA: St John's Island Lodge dibuka semula pada Sabtu (1 Jun) setelah selesai kerja-kerja naik taraf sejak setahun lalu.

Para pengunjung ke sana kini boleh menikmati kemudahan-kemudahan baru seperti sistem kunci bijak bagi proses daftar masuk dan keluar, dapur elektrik, lampu jimat elektrik dan set pinggan mangkuk baru. Sebuah alat barbeku baru juga disediakan, yang dihasilkan menggunakan kayu-kayu kitar semula dari pulau itu.

Ini adalah fasa-fasa pertama kerja naik taraf bagi penginapan itu, yang bermula Jun lalu setelah Penguasa Tanah Singapura (SLA) mengambil alih pengurusan dari Perbadanan Pembangunan Sentosa. Sebelum ini ia dikenali sebagai 'St John's Island Campsite and Holiday Bungalow'.

Perubahan-perubahan juga sudah dilakukan kepada sistem tempahan. Para pengunjung kini diberi pilihan untuk membuat tempahan secara harian dan tidak perlu membuat tempahan empat hari lebih awal.

Bayaran tempahan untuk banglo Eagle, yang boleh menampung sehingga 10 orang, adalah S$21.40 sehari dari Isnin-Jumaat dan S$42.80 sehari pada hujung minggu. Tempahan untuk tapak perkhemahan bermula dari S$74.90 sehari dari Isnin-Jumaat dan S$117.70 sehari pada hujung minggu.

Penginapan itu tetap dibuka pada musim ziarah Kusu tahunan, menurut SLA.

Kerja-kerja naik taraf penginapan itu akan diteruskan pada Julai 2020. Tempat tidur di kawasan perkhemahan Dolphine dan Turtle akan dipertingkatkan pada fasa kedua kerja naik taraf, menurut SLA.
Orang awam boleh membuat tempahan online bagi kemudahan-kemudahan itu di www.sla.gov.sg/tol.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita