Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

St James Power Station akan dibuka semula pada akhir bulan Mac ini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kerja-kerja membaik pulih dan penggunaan semula yang disesuaikan di St James Power Station sudah selesai, menurut Mapletree Investments hari ini (4 Mac).

Monumen negara yang sudah diisytiharkan pada 2009 itu, sudah disewakan kepada syarikat teknologi Dyson sebagai ibu pejabat global dan pusat penyelidikan syarikat itu.

St James Power Station yang baru diubah suai itu akan menempatkan galeri warisan dan jejak warisan yang akan menampilkan artifak maritim di sekeliling monumen itu, menurut Mapletree dalam satu kenyataan media.

Selain barangan maritim dan industri yang dibaik pulih, galeri itu juga akan menampilkan "sebuah karya seni interaktif yang mempamerkan proses penjanaan kuasa yang rumit dan menghidupkan bangunan itu semula melalui teknologi digital".

St James Power Station dijadual dibuka kepada orang ramai pada hujung bulan ini.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan