ST Engineering menang kontrak S$180 juta dalam projek MRT Bangkok
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat Singapura, ST Engineering, berjaya memenangi kontrak S$180 juta untuk mengembangkan lagi sistem MRT Bangkok.
Projek itu melibatkan Laluan Oren yang menghubungkan bahagian timur dan barat Bangkok.
Dijangka selesai pada tahun 2030, laluan itu berpotensi memberi perkhidmatan kepada lebih 400,000 penumpang setiap hari.
ST Engineering akan menyediakan pintu skrin platform yang berfungsi sebagai penghadang keselamatan.
Sistem komunikasi juga akan disediakan bagi menawarkan pemantauan masa nyata dan kawalan operasi metro.
Sumbangan-sumbangan ini akan memastikan operasi dan perkhidmatan penumpang yang cekap dan selamat.
Rakan kongsi dan ketua penasihat infrastruktur, KPMG Sharad Somani berkata: "Singapura sudah menjadi makmal ujian bagi sebilangan inisiatif, sama ada pengangkutan atau pengurusan air atau sisa.
"Ini adalah contoh yang ditiru di pelbagai bandar di Asia dan seterusnya."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.