ST Engineering lancar satelit pemantau bumi kedua
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Universiti Nasional Singapura)
SINGAPURA: Syarikat Singapura, ST Engineering telah melancarkan satelit pemantau buminya yang kedua.
Satelit TeLEOS-2 dilancarkan pada petang Sabtu (22 Apr) dari pusat angkasa lepas India di Sriharikota di pantai timur benua kecil itu.
"Satelit TeLEOS-2 ialah versi yang dipertingkatkan dan mempunyai liputan yang lebih luas. Ia meliputi laluan perkapalan utama, serta kawasan yang terdedah kepada bencana seperti kebakaran hutan.
"Dan pada masa yang sama, ia juga boleh digunakan untuk aplikasi sekitaran serta perubahan iklim seperti hakisan pantai, jadi anda sebenarnya boleh lakukan imej kawasan pantai. Apakah kesan, contohnya, akibat kenaikan paras laut," kata Pengarah Besar ST Engineering Satellite Systems, Goh Ing Nam.
Seberat 75 kilogram, TeLEOS-2 akan memantau bencana alam, perubahan iklim dan sumber-sumber semula jadi.
Satelit itu dilengkapi dengan radar Pol-Sar buatan Singapura yang boleh membuat rakaman gambar resolusi tinggi sepanjang masa.
Turut mengiringi misi kali ini, ialah satelit mikro Lumelite-4, yang beratnya hanya 16 kilogram.
Dibangunkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) dan A*STAR, satelit mikro itu akan membantu meningkatkan keselamatan navigasi dan kecekapan di pelabuhan dengan menjejaki data maritim.
Pelancarannya menandakan kejayaan penting bagi
industri angkasa lepas negara yang semakin berkembang.
Secara keseluruhannya, Singapura telah melancarkan lebih 20 satelit ke angkasa lepas.
Lebih 10 lagi sedang dalam perancangan.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.