Skip to main content

Singapura

ST Engineering labur S$250 juta dalam program penyelidikan

ST Engineering akan melaburkan S$250 juta dalam sebuah program lima tahun berhubung penyelidikan Kecerdasan Buatan (AI) Fizikal.

Anggaran Waktu Membaca:
ST Engineering labur S$250 juta dalam program penyelidikan

ST Engineering akan melaburkan S$250 juta dalam sebuah program berhubung penyelidikan Kecerdasan Buatan (AI) Fizikal. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: ST Engineering akan melaburkan S$250 juta dalam sebuah program lima tahun berhubung penyelidikan Kecerdasan Buatan (AI) Fizikal.

Tumpuan awalnya adalah untuk meningkatkan kerja berpasukan antara manusia dengan sistem-sistem automatik.

Ini sedang Singapura menggesa para pekerja supaya menjadi apa yang disebut sebagai 'AI biliguals' iaitu individu yang mahir dalam bidang mereka sendiri dan juga cekap dalam bidang AI.

Menerusi program tersebut, ST Engineering berharap untuk meningkatkan kemahiran 4,000 juruteranya, selain mewujudkan 1,000 pakar AI dalam bidang-bidang seperti keselamatan siber dan sistem AI automatik.

Kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo, pekerja yang boleh menerapkan ilmu AI dengan kepakaran yang ada dalam bidang masing-masing, akan menjadi anak kunci untuk memacu ekonomi digital Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita