ST Engineering bakal gunakan dron tanpa pemandu hantar bungkusan dari darat ke kapal

Gambar: ST Engineering
SINGAPURA: ST Engineering hari ini (13 Feb) mengumumkan pada Ahad (13 Feb) ia sudah membentuk konsortium dengan Sumitomo Corporation dan Skyports untuk menyediakan dron tanpa pemandu (UA) bagi penghantaran bungkusan dari darat ke kapal di Singapura.
Dalam program perintis selama sembilan bulan itu, konsortium tersebut akan mendampingi pelanggan utama maritim bagi penghantaran melalui dron tanpa pemandu, dengan matlamat untuk mewujudkan rangkaian penghantaran yang mampu membawa muatan bungkusan sehingga tujuh kilogram, menurut ST Engineering dalam satu satu kenyataan media.
"Sistem UA itu sudah berkembang pesat dalam beberapa tahun ini untuk muncul sebagai alternatif yang selamat dan teguh kepada misi tradisional yang memerlukan banyak tenaga dan masa," kata Naib Presiden dan Ketua UA Systems ST Engineering, Teong Soo Soon.
Setiap ahli konsortium akan menggunakan keupayaan operasi dan teknologi masing-masing untuk mengembangkan penggunaan dron berautonomi tanpa pemandu itu untuk menghantar keperluan maritim kepada kapal yang berlabuh, menurut ST Engineering.
ST Engineering akan menyediakan teknologi dron tanpa pemandu menggunakan DroNet.
Manakala Skyports akan menjalankan operasi penerbangan Menjangkau Garis Penglihatan (BVLOS) dengan ST Engineering.
Sumitomo Corporation pula akan menyediakan sokongan pasaran, termasuk kapal-kapalnya sendiri.
"Menggantikan penghantaran bot bermotor dengan UA juga membantu mengurangkan pelepasan karbon dan menyumbang kepada usaha keseluruhan industri maritim untuk beroperasi secara mampan," menurut ST Engineering.
ST Engineering akan mempamerkan sistem dron tanpa pemandu dan keupayaan aeroangkasanya yang lain dari 15 hingga 18 Februari di Pameran Udara Singapura 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.