Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ST Engineering bakal bina kemudahan penyenggaraan pesawat baharu, tawar 550 pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
ST Engineering bakal bina kemudahan penyenggaraan pesawat baharu, tawar 550 pekerjaan

(Gambar: Facebook/ST Engineering)

SINGAPURA: Sektor penerbangan Singapura bakal menerima rangsangan.

Sebuah kemudahan penyenggaraan pesawat yang baharu oleh ST Engineering akan meningkatkan kapasiti memperbaiki pesawat, dan mencipta lebih dari 550 pekerjaan.

Kemudahan S$170 juta tersebut akan membantu memenuhi permintaan serantau yang meningkat, yang dijangka terus meningkat dalam sedekad.

Tapak simpanan pesawat pertama akan siap dibina pada pertengahan 2025, dan akan diikuti dengan tiga lagi kemudahan serupa menjelang akhir 2026.

Kemudahan tersebut yang dibina di Changi akan menggabungkan ciri mesra alam seperti panel suria, dan akan menggunakan teknologi seperti kenderaan berpandu automatik.

Syarikat penerbangan Jepun, Japan Airlines, akan menjadi syarikat pertama bagi menggunakan kemudahan tersebut bagi kerja-kerja penyenggaraan.

Sementara itu, ST Engineering menyatakan bahawa ia terpaksa menolak pelanggannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan kekurangan ruang.

Ia tidak memberi penjelasan lanjut.

Memandang ke hadapan, syarikat itu menjangkakan pemulihan sektor penerbangan pasca pandemik dapat meningkatkan permintaan.

"Terdapat lebih banyak permintaan yang ditambah dengan keperluan untuk menukar lebih banyak pesawat kargo kepada pesawat penumpang. Dengan kapasiti yang bertambah di Singapura, kami percaya kami boleh menawarkan perkhidmatan lebih berdaya saing yang bermutu tinggi kepada pelanggan," kata Jeffrey Lam, Presiden Aeroangkasa Komersil ST Engineering.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan