SSA S'pura perlu naikkan mutu, jumlah perkhidmatan
SINGAPURA: Sektor khidmat sosial Singapura perlu memastikan mutu dan jumlah perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa berkembang.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata demikian semasa acara pelancaran Rangka Kerja Kesihatan Pertubuhan bagi Khidmat Sosial.
Rangka kerja itu merangkumi alat penilaian diri secara online.
Ia boleh digunakan oleh agensi-agensi khidmat sosial (SSA) bagi memperkukuhkan pertubuhan masing-masing dari segi tadbir urus dan pendigitalan.
Selain itu, terdapat juga sebuah buku panduan yang memberikan saranan-saranan bagi memudahkan usaha membina keupayaan.
SSA yang sudahpun selesai menjalani proses penilaian diri boleh memanfaatkan Dana Keupayaan Masyarakat.
Dana itu membolehkan agensi-agensi tersebut membina keupayaan masing-masing bagi tempoh jangka panjang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.