Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura uji sistem permohonan online bagi penukaran lesen memandu M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Polis Trafik pada Ahad (14 Jul) sudah mula menguji sistem bagi membolehkan para pemegang lesen memandu Malaysia untuk membuat permohonan bagi menukar lesen memandu mereka kepada lesen Singapura. 

Ujian itu bertujuan untuk menyingkatkan masa menunggu dan urusan di ibu pejabat Polis Trafik, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya. 

Warga asing yang menetap di Singapura selama lebih 12 bulan dikehendaki menukar lesen memandu mereka kepada lesen yang diiktiraf di Singapura supaya mereka boleh memandu di negara ini. 

Di bawah ujian tersebut, para pemohon perlu membuat permohonan secara online. 

Selepas semua dokumen disediakan dan kriteria kelayakan penukaran dipenuhi, para pemohon pemohon akan diberikan tarikh dan masa untuk pergi ke ibu pejabat Polis Trafik bagi melengkapkan proses penukaran lesen. 

PROSES PERMOHONAN

Polis Trafik menyatakan bahawa setelah pemohon membuat permohonan secara online, mereka akan menerima emel yang meminta dokumen-dokumen relevan. 

Para pemohon kemudian akan menerima mesej mengenai hasil permohonan mereka dalam tempoh 10 hari bekerja, menurut Polis Trafik. 

Jika semuanya teratur, para pemohon akan diberikan tarikh dan masa janji temu untuk membawa dokumen asal ke ibu pejabat Polis Trafik untuk pengesahan. 

Polis Trafik kemudian akan memproses permohonan tersebut dan pemohon akan menerima lesen memandu Singapura dalam masa 10 hari bekerja. 

Maklumat mengenai syarat-syarat kelayakan dan dokumen-dokumen yang diperlukan disediakan di sini. 

Para pemohon dengan akaun SingPass boleh mengakses Lesen Memandu Digital mereka pada hari bekerja seterusnya dan boleh memandu tanpa menunggu untuk mendapatkan lesen fizikal. 

"Polis Trafik memohon pemahaman dan kerjasama orang ramai kerana ia sedang memproses jumlah permohonan yang lebih tinggi daripada biasa dan sewaktu permohonan diproses, masa diperlukan untuk mengesahkan dokumen dan memastikan syarat-syarat kelayakan dipenuhi." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan