Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura ucap takziah kepada Afrika Selatan atas korban jiwa, kemusnahan akibat banjir

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura ucap takziah kepada Afrika Selatan atas korban jiwa, kemusnahan akibat banjir

Gambar: Rajesh JANTILAL / AFP

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan mengucapkan takziah kepada rakan sejawatannya di Afrika Selatan atas kematian dan kemusnahan akibat banjir di wilayah KwaZulu-Natal.

Banjir di Durban, bandar pelabuhan Afrika Selatan, dan kawasan sekitarnya di wilayah KwaZulu-Natal sudah meragut lebih 400 nyawa dan menyebabkan lebih 6,000 orang kehilangan tempat kediaman.

"Saya amat sedih mengetahui tentang kejadian tragis yang meragut nyawa dan kemusnahan yang disebabkan oleh banjir dan tanah runtuh di wilayah KwaZulu-Natal.

"Ingatan kami bersama rakyat Afrika Selatan pada masa-masa yang sukar ini.

"Terimalah ucapan takziah saya dan saya doakan pemerintah anda yang terbaik dalam usaha bantuan dan pemulihan anda," kata Dr Balakrishnan menerusi sepucuk surat pada 25 April kepada Menteri Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Dr Grace Naledi Mandisa Pandor.

Pasukan Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan menyatakan pada minggu lalu bahawa ia sudah diarahkan untuk mengaktifkan 10,000 tentera untuk beberapa tugasan termasuk kerja-kerja pembersihan dan menghantar bantuan, selain menyediakan sokongan perubatan dan helikopter untuk misi menyelamat.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan