Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura tidak akan potong cukai minyak atau tawar rebat cukai jalan raya

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura tidak akan potong cukai minyak atau tawar rebat cukai jalan raya

Stesen minyak SPC. (Gambar: SPC website)

SINGAPURA: Singapura tidak akan mengurangkan atau menggantung cukai minyak atau memberikan rebat cukai jalan raya walaupun harga minyak meningkat baru-baru ini, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Isnin (4 April), sambil menambah bahawa langkah-langkah tersebut ibarat memberikan subsidi kepada pengangkutan privet dan akan meninggalkan "kesan yang tidak produktif".

"Kurang empat daripada setiap 10 keluarga di Singapura memiliki kereta dan antara kuintil terendah, hanya kira-kira satu daripada 10 yang memilikinya... oleh itu, subsidi sedemikian hanya akan memanfaatkan kumpulan yang agak kecil tetapi secara amnya kumpulan yang lebih berkemampuan," kata Encik Wong kepada Dewan semasa menyampaikan Kenyataan Menteri mengenai inflasi dan kos perniagaan.

“Memotong cukai minyak juga bermakna sesetengah subsidi akan mengalir semula kepada pengeluar dan pembekal, bukan hanya kepada pengguna, kerana harga minyak mungkin tidak jatuh sebanyak cukai yang dipotong.

"Lebih penting lagi, subsidi sedemikian akan mengurangkan insentif untuk beralih ke bentuk pengangkutan yang lebih cekap tenaga, yang merupakan satu elemen penting dalam rancangan kita untuk kehidupan yang lebih mampan," ujar Encik Wong.

Harga minyak sudah meningkat ke paras rekod di Singapura sejak beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah di peringkat global yang disebabkan oleh kekurangan bekalan dan peperangan di Ukraine.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan