S'pura terus tingkatkan ketersambungan dengan Johor, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura terus mempertingkatkan ketersembangunannya dengan Johor, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (20 Jul).
Beliau menambah negeri selatan Malaysia itu memainkan peranan penting dalam mengekalkan kerjasama rapat antara kedua-dua negara tersebut.
PM Lee berucap demikian semasa majlis rasmi jamuan tengah hari untuk Sultan Johor yang kini berada di Singapura bagi lawatan tiga hari.
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diiringi isterinya, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan isteri, Che' Puan Besar Khaleeda, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan pegawai negeri yang lain.
Ini merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Singapura selaku Sultan Johor.
Encik Lee menarik perhatian bahawa perjalanan rentas sempadan sudahpun disambung semula dan Koswe kembali sibuk setelah dua tahun langkah sekatan perjalanan dilaksanakan dek pandemik COVID-19.
"Kaum keluarga dan sahabat handai kini sudah boleh menziarahi satu sama lain. Pekerja, pelawat perniagaan dan pelancong juga sedang melakukan perjalanan rentas sempadan, sekali gus meningkatkan pemulihan ekonomi-ekonomi Singapura dan Johor," kata Encik Lee.
Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa terdapat khidmat feri langsung yang baru antara Terminal Feri Tanah Merah dengan Terminal Feri Desaru Coast yang mula beroperasi pada 7 Julai lalu.
"Ramai penduduk Singapura gembira kerana pantai-pantai indah dan restoran makanan laut yang tidak dapat dilupakan di Desaru boleh kini boleh diakses dengan lebih mudah," kata Encik Lee di Istana.
"Saya juga menantikan penyelesaian tepat pada masanya projek Sistem Kereta Api Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura. Apabila selesai dibina, ia akan meredakan kesesakan di Koswe, memudahkan perniagaan dan pelancongan serta memupuk ikatan lebih erat sesama penduduk kita."
Sultan Ibrahim akan melawat tapak projek RTS di terminal Woodlands North pada Khamis (21 Jul).
RTS Link, yang dijangka akan membawa 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah, dijadual mula beroperasi pada Januari 2027.
Singapura dan Johor adalah jiran serta rakan kongsi yang rapat dengan ikatan persabahatan dan persaudaraan yang bergenerasi lamanya, kata Encik Lee.
"Sebagai gerbang utama antara Singapura dengan Malaysia, Johor memainkan peranan penting dalam mengekalkan kerjasama rapat serta ketersambungan antara kedua-dua negara kita," tambahnya.
"Ini khususnya penting sewaktu pandemik COVID-19. Dengan sokongan Sultan, kami memastikan saluran bekalan kekal terbuka merentasi sempadan darat."
Singapura juga bekerjasama rapat dengan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) untuk menderma vaksin dan bekalan perubatan kepada Johor, ujar Encik Lee.
Sementara itu, Sultan Ibrahim berkata beliau berharap lawatannya ini akan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan mempertingkatkan kerjasama antara rakyat Singapura dengan Johor.
"Sejak bertahun-tahun lamanya, kerjasama erat dan persefahaman dengan Singapura dalam pelbagai aspek memberi manfaat kepada Johor, terutama dalam pembangunan sosioekonominya. Saya mendoakan kesihatan baik buat Encik Lee dan kemakmuran serta kesejahteraan Singapura," ungkap beliau.r," ungkap beliau.
Pada awal Rabu (20 Jul), sejenis orkid hibrid dinamakan sebagai Dendrobium Ibrahim Zarith sempena Sultan Ibrahim dan isteri beliau sebagai penghormatan atas lawatan mereka.
Dua bulan lalu pada Mei, Encik Lee dan isterinya, Ho Ching, dianugerahi penghormatan tertinggi negeri Johor daripada Sultan Ibrahim di Istana Besar.
"Saya berterima kasih kepada Sultan dan Duli Yang Maha Mulia atas sambutan amat mesra mereka di Johor dan saya berbesar hati kerana berpeluang untuk membalas layanan ramah mereka pada hari ini," kata Encik Lee.
"Hari ini, kami sudah menyediakan beberapa hidangan tempatan yang gemar dinikmati kedua-dua rakyat Singapura dan Malaysia, termasuk soto ayam dan rendang daging."
Encik Lee berkata: "Saya menantikan untuk bekerjasama dengan Sultan Ibrahim untuk memperhebatkan lagi kerjasama antara Singapura dengan Johor. Saya yakin bahawa dengan sokongan beliau, jalinan antara Singapura dengan Johor akan terus menjadi erat dan kukuh."
Pada Rabu (20 Jul), Sultan Ibrahim juga dikurniakan Doktor Kehormat Undang-undang oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) atas peranannya dalam memastikan keamanan, kemajuan dan kemakmuran Negeri Johor serta sumbangannya yang tidak ternilai dalam mengeratkan hubungan antara Singapura dengan Malaysia.
Beliau bertemu Presiden Halimah Yacob dan Encik Mohamed Abdullah Alhabshee dalam satu jamuan minum petang dan akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.
Beliau juga akan melawat Pangkalan Udara Sembawang dan Institut ISEAS-Yusof Ishak.

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.